CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kipas Mati' Aina Jangan Salahkan Misha Tolak Lagu, Ia Sekadar Cakap Kosong Je

3-8-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3826| Komen: 26

Enggan topik yang hangat diperkatakan ‘kipas mati’ terus menjadi persoalan, penyanyi popular Misha Omar tampil menjelaskan tindakannya menolak lagu yang dihasilkan Aina Abdul.

Misha yang dikenali dengan imej sentiasa merendah diri berkata, tiada istilah menolak tawaran Aina, sebaliknya ia hanyalah sekadar cakap-cakap kosong antara dua rakan artis yang satu masa dahulu akrab dan saling berhubung antara satu sama lain.



IG

“Memang beberapa tahun lalu Aina pernah serahkan lagu, tetapi ia bukanlah demo penuh. Kami hanya saling bercakap-cakap kosong, tiada perbincangan serius tentangnya.

“Bahkan ketika itu saya hadir dengan lagu Tanpa Rela dan sibuk mempromosikannya, manakala Aina pula sibuk dengan dengan jadual kerjanya.

“Saya tekankan sekali lagi, ia hanyalah perbualan kasual dan tidak ada persetujuan mahupun perancangan lanjut tentang itu.


“Saya tidak mahu disebabkan cerita tidak tepat ini mencetuskan pertelagahan sesama peminat dan menimbulkan persepsi saya bersikap angkuh dan menolak menyanyikan lagu dihasilkan Aina,” katanya.

Misha berkata demikian sewaktu ditemui sempena majlis pelancaran Festival Muzik KEPCI, baru-baru ini.

Misha dalam pada itu mengakui faham dengan hasrat segelintir peminat yang mahukan kolaborasi antara dia dan Aina.


IG

Bagaimanapun katanya, biarlah apa-apa perancangan tentang lagu terbaru ditentukan syarikat rakaman yang menaunginya iaitu Sony Music.

“Kalau jadi (kolaborasi), itu adalah rezeki. Kalau tidak, jangan salahkan sesiapa.

“Saya tahu peminat mahu saya dan Aina bekerjasama, atau setidak-tidaknya nyanyikan lagu yang dihasilkannya. Tapi buat masa ini, belum ada rezeki.

“End of the day, yang tentukan adalah syarikat rakaman. Setakat ini belum ada apa-apa kepastian untuk keluar dengan lagu baru selepas Tanpa Rela,” jelasnya.

Dalam masa sama, Misha yang sudah tiga tahun sepi tanpa sebarang single memaklumkan belum ada perancangan untuk tampil dengan lagu baharu kerana tumpuan lebih terarah untuk membesarkan tiga anaknya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TabletSusu 3-8-2023 12:46 PM
suatu masa dulu akrab..? nak up citer pun agak2lah
Quote cicicumel 3-8-2023 12:48 PM
Lagu dia sesuai utk dia je kot. Lagu yg dia buat utk Elly Mazleim tu very der template lagu dia sendiri. Flop je.
Quote chiyoasuka 3-8-2023 01:03 PM
misha omar
Quote msdummy.2018 3-8-2023 01:34 PM
Tokto 2.0....fan club over yach. Fesyen hauk nau . Terlebih experiment
Quote Sazreena 3-8-2023 03:00 PM
Enah bedul ni over rated la. Suara ada tapi takde pleasant vibe..
Quote anony-mous 3-8-2023 04:17 PM
Sazreena replied at 3-8-2023 03:00 PM
Enah bedul ni over rated la. Suara ada tapi takde pleasant vibe..

Suara pon bersepah2 mcm suara dia. Jenis suara dia byk di pasaran. Cth mcm salma. Cuma bkn rezeki salma sbb she dah beranak pinak n that time ena ni muncul, nk bersaing ena pkai pelik2.
Quote darkness 3-8-2023 04:20 PM
anony-mous replied at 3-8-2023 04:17 PM
Suara pon bersepah2 mcm suara dia. Jenis suara dia byk di pasaran. Cth mcm salma. Cuma bkn rezeki  ...

Supaya nama sentiasa naik. Strategi pasaran aina. Mcm tokti juga dulu..asal ada yg naikmesti dia nempel jugak
Quote ashilalat 3-8-2023 04:23 PM
Amende misha mendonat nak citer? Yg ko rapat dengan ena bendul?

Dlu masa zaman 2003 pon dia yg beriya cakap dia rapat dgn siti kan, padahal siti whoareyus kan je kau. Lagi plak kau pon berebut tok ram dgn dia, lg la di who areyuskan siti.

Nak jugak cakap dia baik dgn enah dan org tu bagi lagu kat dia, plis lah..org tu pon whoareyuskan kau je. Baik dia fokus kat baju jamban mana dia nak pakai.

Diam x diam 3 tahun mendonat.

Quote ashilalat 3-8-2023 04:25 PM
darkness replied at 3-8-2023 04:20 PM
Supaya nama sentiasa naik. Strategi pasaran aina. Mcm tokti juga dulu..asal ada yg naikmesti dia n ...

Jap..strategi pasaran mitch donat ke strategi pasaran enah? Aku rasa citer atas ni nmpak mitch donat yg terhegeh² menempel enah sbb enah tgh popular. Mitch dah mendonat.
Quote aammyy 3-8-2023 04:26 PM
Mcm mana perbualan kasual boleh jadi gosip? Siapa yg sebarkan? Jeng jeng jeng
Quote anony-mous 3-8-2023 04:27 PM
aammyy replied at 3-8-2023 04:26 PM
Mcm mana perbualan kasual boleh jadi gosip? Siapa yg sebarkan? Jeng jeng jeng

Mitch sdri la sebarkan sbb tu ada artikel ni?
Quote anony-mous 3-8-2023 04:27 PM
ashilalat replied at 3-8-2023 04:25 PM
Jap..strategi pasaran mitch donat ke strategi pasaran enah? Aku rasa citer atas ni nmpak mitch don ...

Kenapa pggil she donat?
Quote ashilalat 3-8-2023 05:28 PM
anony-mous replied at 3-8-2023 04:27 PM
Kenapa pggil she donat?

Sebab aku terbaca benang ni...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1083061&highlight=Donat&mobile=2
Quote aammyy 3-8-2023 05:34 PM
anony-mous replied at 3-8-2023 04:27 PM
Mitch sdri la sebarkan sbb tu ada artikel ni?

Taktau aku. Tiber je ada artikel ni. Sapa tanya tah
Quote jihah_kudat 3-8-2023 05:53 PM
haritu pun katenya siti nak nyanyi lagu aina kan sampai fans dia kata lagu tu akan masuk dalam album sitism..now misha plak..memang kemaruk nak bagi lagi kat semua org ke..tapi confirm tak berani nak bagi dekat ernie kan..sebab takut ernie overshadow beliau..
Quote dudaberhias 3-8-2023 06:40 PM
nyah2 dan ponen2 ena abedul tu memang over ya amat...

penyanyi rhoper gini pun boleh taksub... entah2 sheols pun ada bilik khas yang takde sape boleh masuk dan ada pelbagai bau dalam rumah sheols...

Quote cikperiukkera 3-8-2023 07:43 PM
Agresif btol peminat aina yach… mcm dorg buat kt ernie jugak…xpyh la kak mitch oii..kang sendu mcm lagu kak lina nt sebab bunyi serupa mcm lagu aina sendiri.. kalau nk jugak make sure pakai pelik2 baru org terima lagu tu.
Quote anony-mous 3-8-2023 08:26 PM
ashilalat replied at 3-8-2023 05:28 PM
Sebab aku terbaca benang ni...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1083061&hi ...

Hahaha patut la. Betul la tu title utk sheol rindu plak arwah TT benang tu
Quote slyfynx 3-8-2023 09:00 PM
Jap, kipas mati ni ape?
Wartawan nk tulis "kipas susah mati" ke sebenarnye

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.317115 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top