CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Tak Ada Niat Nak Persenda, "Saya Komen Sebab Memang Betul-Betul Tak Kenal Masya Masyitah"

3-8-2023 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2689| Komen: 15

Nabila Huda tak ada niat nak mempersendakan penyanyi Masya Masyitah susulan meninggalkan komen bertanya mengenai artis kontroversi berkenaan.

Akuinya dia memang tidak mengenali Masya dan pertanyaannya itu adalah untuk mendapatkan informasi susulan ramai sedang memperkatakan tentangnya.


Foto: IG

"Saya tidak ada niat pun ke arah itu (mempersendakan). Saya memang jarang melihat media sosial dan tidak tahu apa yang berlaku.

"Apabila keluar cerita tentang dia, saya jadi tertanya-tanya.

"Bila saya beri komen ada orang balas. Daripada situ saya dapat jawapan," katanya kepada mStar.



Tambah anak kepada penyanyi Datuk Amy Search ini, seperti orang lain dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan ingin tahu apabila melibatkan berita sensasi.

Nabila berkata, dia juga tidak melihat statusnya sebagai seorang selebriti boleh dijadikan alasan untuk dia tidak dibenarkan mengambil tahu hal semasa.


"Saya juga manusia biasa. Saya berhak untuk komen. Lagipun bukannya saya tinggalkan komen yang buruk," ujarnya.


Nabila sebelum ini meninggalkan komen di sebuah portal selepas tular kisah Masya tampil dengan imej tidak bertudung. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-8-2023 11:36 AM
anyway sheolsss tak patut risau sheols kenal masya tu ke tidak...

sebab sheols kan sezaman dah dengan acik2 yang kena titik esteloder kat muka bagi nampak muda...

yang patut risau adalah takut masya tu yang tak kenal sheolsss...

Quote Managerara 3-8-2023 11:37 AM
So sekarang dah kenal kan??
Quote prettyuglybabe 3-8-2023 12:15 PM
i bet bukan u je retis yang tak kenal masya ni
Quote OshinDaSolja 3-8-2023 12:38 PM
entah la Nabila,, zaman kita2 ni dh abis dh anak pun dh skolah menengah...now bg la peluang lapis2 baru pulak nk up... it's a normal cycle...
Quote hotmak 3-8-2023 12:48 PM
geramnya kucing dia
Quote cikatilia 3-8-2023 03:10 PM
xde kelas la kau nabila
kalau xkenal dia pon mengganggu gugat kehidupan kau laki bini ke eh??
kalau pelakon pro yg dah dikenali xyah menggelupur nak komen bbnu .. btw dia pon xsekolah jugak kan?
Quote azimodin 3-8-2023 05:48 PM
Iouls pon sampai sekarang xtahu apa product si masyitah tu selain pernah pakai tudung tapi sarung miniskirt
Quote ina_na 3-8-2023 06:33 PM
Nabila ni geng2 anak aku budak2 cina bbnu suka dia tau..dia org puji2 pelakon Melayu paling lawa..paling pandai berlakon...

Logik je la dia x kenal budak Tu..sbb aku pun x kenal..Mls nk ambik tau pun ye..hahaha
Quote innocentsangat 3-8-2023 07:46 PM
I kenal dia pun sbb pak dia Amy Search.
Quote LadyCarefree 3-8-2023 07:51 PM
azimodin replied at 3-8-2023 04:48 PM
Iouls pon sampai sekarang xtahu apa product si masyitah tu selain pernah pakai tudung tapi sarung mi ...

iols pun sama tp Google dan Wiki kan ada.
Quote AcikCleaner 3-8-2023 07:54 PM
Aku pun tak kenal si dik syitah tu..lagu apa, drama apa semua aku tak tau..baca forum orang kata dia jual kuih tart, lagi la aku tak penah tau
Quote asamfish 3-8-2023 08:37 PM
ye la...mcm mana dia nak kenal....anak dia sendiri pun baya2 si syitah tu....logik la kalau achik nabila ni tak kenal
Quote rosedemon 4-8-2023 08:03 AM
noh rokiahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote MadameOnion 4-8-2023 10:57 AM
Edited by MadameOnion at 4-8-2023 10:58 AM

tak kenal google la bodo oiii..tu pun nak kena ajaq ka?? acah2 up dalam status media sosial kekonon tak kenal sbb ko terpaling popular la kaedahnya
Quote debab_78 4-8-2023 11:03 AM
sejak free hair ni, bdk2 laki opis aku pun dah kenal masya tu siapa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063222 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top