Bocey pernah menerima bayaran sangat rendah sewaktu awal kemunculan mereka pada tahun 2014. Namun, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata perkara itu sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus membina nama.
“Ketika awal kemunculan bersama kumpulan Bocey, kami pernah menerima bayaran rendah dan cukup-cukup makan saja... ketika itu dapat buat show di Sandakan, Sabah. “Kami dapat bayaran dalam RM300 seorang tapi kami ambil juga job tu sebab nak cipta nama pada ketika itu. “Waktu nak balik tu kami bertiga terpaksa korbankan duit yang kami dapat sebab nak bayar duit parkir kereta berjumlah RM700 dan akhirnya baki dalam beberapa ratus saja yang kami dapat, kalau tanya Fad Bocey mungkin dia akan ingat peristiwa ini,” kata Achey kepada mStar. Dalam pada itu, Achey turut mendedahkan ahli kumpulan Bocey lain iaitu Fad dan arwah Abam juga pernah berdepan pergolakkan dan tidak bertegur sapa akibat salah faham. Namun perkara itu dapat diselesaikan dengan baik dan tidak berpanjangan. -CARI Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 3-8-2023 02:37 AM
parking rm700 parking kat klia berapa bulan tu? lamanya kat sana? job bayar rm300 sorang je kan? ke ...
silampumeja replied at 3-8-2023 11:38 AM
Dapat 300 je lepas bayar parking tu kot... Maybe payment dpt 1k... Huhuhu
prince_marhaen replied at 3-8-2023 04:20 AM
Cerita sedih tak makan pancing.... NEXTTTTTTTT!!! Tunggang lagi kematian abammm...tapi balu & anak ...
prince_marhaen replied at 3-8-2023 10:37 AM
parking rm700 parking kat klia berapa bulan tu? lamanya kat sana? job bayar rm300 sorang je kan? ke ...
ADVERTISEMENT