CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Inspektor Sheila Puji Iqbal Kacak Sangat Macam Raja! - "Kali Ini You Buat I Tertarik Pada You Pula'

2-8-2023 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8325| Komen: 30

Inspektor Sheila terkejut melihat ketampanan pempengaruh media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli mengenakan busana tradisional India.

Inspektor Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar menerusi Facebooknya berkata, Iqbal kelihatan seperti seorang Raja.




FB

“Lelaki Melayu kalau pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun boleh kalah. Apapun, awak dah boleh berlakon dalam filem Tamil dengan saya, jom,” katanya seakan tersipu-sipu malu.

Dalam pada itu, Sheila turut meluahkan rasa kagum apabila Ahmad Iqbal menulis namanya dalam bahasa Tamil di dalam ruangan kapsyen.



FB

“Manisnya awak, tulis nama ‘Ahmad Iqbal Zulkefli’ dalam bahasa Tamil. Terima kasih kerana menghargai bahasa, tradisi dan budaya Tamil.

“Saya nak beritahu yang awak telah membuatkan saya sangat kagum,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, Sheila berkata, dia juga kini lebih tertarik kepada Ahmad Iqbal.

“Orangnya dah dilahirkan kacak. Tapi kali ini, awak lebih kacak buat saya lebih tertarik dekat awak pula,” jelasnya.




Sebelum ini, Ahmad Iqbal memaklumkan bahawa dia terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat.

Status hubungan Ahmad Iqbal dan Sheila kemudian mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menghadiri sesi bergambar sambil mengenakan baju kebangsaan dengan warna sedondon, bulan lalu.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 2-8-2023 09:29 PM
Halahalahalah.........
Quote Goodluckdontcry 2-8-2023 09:31 PM
Harktuihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh setepek kene muka 2 ketul makhluk jadian nih .....uwekkkkkkkkk
Quote sharlenetexas 2-8-2023 09:33 PM
Tak habis2 lagi drama tamil ni.
Bos shila tak tegur ke?

Quote jihyomelly 2-8-2023 09:40 PM
moga berjodohan dua makhluk ni
Quote kalchi 2-8-2023 09:56 PM
Bongok nya sheila kalau nak ke dia ni
Quote EriaDoritis 2-8-2023 10:03 PM
Adoiiii berapa episode lak kena hadap drama diorang ni?
Quote chandrahusin 2-8-2023 10:05 PM
Dapat duit ke apa puji Iqbal
Quote Hoola 2-8-2023 10:06 PM
seluruh warga porem mengucapkan..
#tilljannah
Quote slyfynx 2-8-2023 10:25 PM
Dalam thread ni, bijik manekah retis?
Quote OshinDaSolja 2-8-2023 10:26 PM
ok la hensem la...semoga ada jodoh
Quote ciksom 2-8-2023 10:48 PM
Cepatla kawin.
Quote cikX87 3-8-2023 02:29 AM
HAHAHAHAHA GELIIIIIII
Quote izat123 3-8-2023 02:39 AM
Elok lah dua orang sakit mental borak sesama sendiri macam dalam wad.
Quote dudaberhias 3-8-2023 04:00 AM
kacak apoooooooooooooooo.....

rhoperr pekat budu... pekat ayam ketereh... pekat nasi kerabu... pekat laksam... pekat mi celup... pekat solok lada... pekat nasi kerabu... pekat pengkalan kubur... pekat sempadan golok... pekat jajahan mukim tumpat.... pekat wakaf che yeh...

pakai ala2 pari pari pun tetap lah rhoperrr pekat leluhur yindu langkasuka tu tak hilang....

Quote lanacondor 3-8-2023 04:11 AM
Lupa terus ye kes dia maki Hina staff bawahan dia. Patutla bdk skg rmi buat bnd2 bodoh xminat belajar. Sb bt bnd bodoh mmg boleh buat duit
Quote elzy 3-8-2023 08:13 AM
Insp. Sheila dah habis Google ttg si Iqbal ni.. baru tertarik..
Quote nuralisa 3-8-2023 08:17 AM
iqbal ni aku rasa soft spoken ..
aku pernah bump dgn dia kat airport ... pastu dia cakap sorry tu mmg lembut ..
maksudnya suara dia tu ...
Quote Chrating 3-8-2023 08:36 AM
Benda geli camni (puji memuji each other) boleh tak pm tepi?
Quote beautifulorchid 3-8-2023 09:18 AM
mesti comel anak diorang nanti...mcm preety zinta

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.224449 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top