CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Saudara Eman Manan, Fad Anuar Tak Guna 'Kabel' Masuk Industri

2-8-2023 08:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9368| Komen: 29

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Fad Anuar tidak pernah bersandarkan populariti bapa saudaranya, Eman Manan.

Malah, aktor legenda itu juga tidak pernah mencampuri urusannya atau menjadi ‘kabel’ untuk dia mendapatkan tawaran kerja.



IG

Menurut Fad, bapa saudaranya itu seorang yang tegas dalam bekerja dan tidak akan berkompromi.

“Jika ada yang kata saya menggunakan ‘kabel’ Eman Manan untuk berada dalam industri ini, mereka salah kerana pakcik saya seorang yang tegas dalam kerja.

“Dia tidak akan berkompromi…Jika mahukan sesuatu usahakan sendiri, tak ada istilah adik beradik, anak beranak.

“Saya sendiri bermula dari bawah sebagai koreografer aksi dan lagak ngeri sebelum bergelar terjun ke bidang lakonan pada tahun 2011,” katanya.

Sungguhpun begitu, ada yang mengatakan Fad memiliki aura Hero Malaya seperti Eman.



IG

“Kalau penerimaan penonton sebegitu terhadap saya, saya tiada masalah dengan perkara itu (digelar hero malaya baharu).

“Kalau boleh saya nak orang kenal saya melalui kualiti lakonan saya. Saya tidak mahu orang kenal saya menerusi cerita-cerita kontroversi.”

“Walaupun masyarakat mahu membaca atau mendengar kontroversi mengenai artis, namun saya sendiri akan menolak sebaik mungkin daripada terpalit kisah-kisah kontroversi,” katanya kepada BOOM!


Sumber: BOOM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 2-8-2023 09:56 PM
Tokda, bole amik retis bbnu ni yachh for next drama. Supporting actor pon takpe janji tak berwajah nobita.
Quote EriaDoritis 2-8-2023 10:07 PM
Sekarang dah sebut, orang dah tau.
Kira batu utk melonjak naik gak la.

Quote Hoola 2-8-2023 10:08 PM
boleh tahan
aummmmmmmmmm
Quote Perawankota 3-8-2023 02:48 AM
Patutlah tiap kali dia berlakon, slang ganu tu terdengar2…
Quote doubleA 3-8-2023 03:07 AM
Ok la kalau manly, nampak la jantan sikit. Nobita boleh masuk dalam icebox
Quote Shayang 3-8-2023 05:46 AM
Muka mcm ustaz2 tp ni pestime aku tgk dia
Quote prince_marhaen 3-8-2023 09:33 AM
dapppp jugakkk......APPROVEDDD!!!! ;p
Quote Manusiabesa 3-8-2023 09:35 AM
Hero2 skrg xda yg herlok di mata acik 80an mcm acik ni dik. Acik suka zamarul hisyam, zul ariffin,beto, tomok. Tu je yg herlok d mata acik. Yg bbnu skrg raja shahiran la amir ahnaf la pebende tu smua..level herlok bape percent? Korang judge mcm mana. Dihhhh !!
Quote kucingitam 3-8-2023 11:35 AM
kalau taknak guna kabel, takyah bagitau la sapa pak sedara, nenek, moyang semua..yiih...
Quote ashcroft86 3-8-2023 11:41 AM
Herlokkkk. All the best. Semoga mendonia. Jdi action movie star pon ok.
Quote tokchik 3-8-2023 01:26 PM
handsome kau dik
p[asti cepat meletup
hati2 ya jangan tunjuk bukan2
merna kau nanti dik

Quote vanillaninja 3-8-2023 01:28 PM
Umur berapa heols ni? Ada tertiary education?
Quote kuceeng 3-8-2023 02:23 PM
Edited by kuceeng at 3-8-2023 02:29 PM

muke biase xde aura hero malaya, kadang yg dikata x herlok oleh acik2 porum ni berjaye jadi hero sbb org awam nmpk ade daya tarikan, x semestinye putih melepak clean shave jambu saje ye
Quote NekNgah 3-8-2023 02:44 PM
Fad ni sesuai watak filem aksi. Dah tengok dia dalam filem Geran & Walid, memang menjadi. Tunggu filem Bomba pulak, dijangka tayang January 2024.

Dah tengok dia berlakon romantik, jauh aura dari Eman Manan. So, better elak watak romantik.

Quote Honey_Inara 3-8-2023 02:52 PM
Tak nampak pun aura hero malaya? Takpe mungkin baru lagi. Bagi peluang dulu. Fattah dulu masa baru² keluar pun tak ada aura.
Quote anony-mous 3-8-2023 04:21 PM
doubleA replied at 3-8-2023 03:07 AM
Ok la kalau manly, nampak la jantan sikit. Nobita boleh masuk dalam icebox

Ironinya muka mcm nobita tu straight. Yg mcm ni iols ada syak wasangka skit
Quote anony-mous 3-8-2023 04:22 PM
NekNgah replied at 3-8-2023 02:44 PM
Fad ni sesuai watak filem aksi. Dah tengok dia dalam filem Geran & Walid, memang menjadi. Tunggu fil ...

Boleh la ganti kekrul the best never rest tu. X sesuai heols berlakon aksi sbb pendek kepala kecik. Kekrul sesuai watak2 romantik
Quote doubleharmonic 3-8-2023 04:22 PM
nampak macam helokk
Quote anony-mous 3-8-2023 04:24 PM
Manusiabesa replied at 3-8-2023 09:35 AM
Hero2 skrg xda yg herlok di mata acik 80an mcm acik ni dik. Acik suka zamarul hisyam, zul ariffin,be ...

Skrg dah xde hero yg kulit gelap tp hensem xnmpk bangla. Dlu zamarul hisham, rashdan baba. Eh byk la tahun late 80s n early 90s. I rasa klau nk ikut taste bbnu, i approve merqeen je kot sbb tggi n bahu bidang. Yg amir asnaf ke apa menang abp tu alahai tang mana la hensem nya. Jd model boleh la, pelakon, rupa out

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.095581 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top