Persembahan penyanyi dan pelakon Aqasha di sebuah konsert baru-baru ini mendapat pujian ramai sehingga ada yang berseloroh menyamakannya dengan Bradley Cooper! Menerusi perkongsian di TikTok, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akasyya Rosli tampil segak dengan mendendangkan lagu berjudul Shallow nyanyian asal Lady Gaga & Bradley Cooper. Dengan penuh penghayatan, Aqasha berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sehingga meraih pujian ramai yang terpesona dengan kelunakan suaranya.
Tidak kurang juga yang menyifatkan pelantun lagu Embun ini sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu bergenre country. Untuk info, Aqasha mula menceburi industri dalam bidang nyanyian namun disebabkan rezeki serta peluang yang lebih banyak diterima dalam dunia lakonan, sisi muzik lelaki berusia 41 tahun ini kurang diberi perhatian. Antara lagu hitsnya yang mendapat tempat di halwa telinga peminat ialah Embun dan Cahaya Hati. Aqasha turut memberanikan diri dengan menyertai program realiti nyanyian popular pada 2017. Sumber: Xtra
|
SalenaGomez replied at 2-8-2023 08:17 PM
Suka dengar youtube time aqasha nyanyi live fly me to the moon. Yg itu mmg SG masuk dlm fav list
kashaz replied at 2-8-2023 08:19 PM
Waw nak cari la..
Tapi dia ni mmg sedap nyanyi, and sedap tgk as hero. Rambut panjang ke pendek k ...
SalenaGomez replied at 2-8-2023 08:27 PM
Search je fly me to the moon aqasha…SG suka music live mmg suka laa style dia bawa
Btw rasanya d ...
ADVERTISEMENT