CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Tak Selesa Perangai Nabila Huda Lain - 'Dia Suruh Buang...'

2-8-2023 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9007| Komen: 11

Pelakon Nabila Huda yang pulang untuk melepas rindu kepada anak dan suami selepas dua minggu menjalani penggambaran filem Rahsia ditegur kerana perangainya yang berubah.

Katanya, Mohd Izwan Johar tidak selesa bertemu dengannya ketika pulang ke rumah selepas menjalani penggambaran filem itu kerana sikapnya yang serius dan tidak seperti biasa.



IG

“Saya rasa saya normal, biasa je masa berlakon filem ni. Jadi selepas dua minggu shooting, saya pulang ke rumah jumpa suami dengan anak sebab rindukan mereka dan keluar bersama.

“Tapi masa keluar bersama tu suami saya kata dia tidak selesa dengan saya sebab saya nampak lain. Saya pun tanya dia, lain macam mana?

“Rupanya Keisha dan suami sudah berbincang, mereka kata memang perangai saya lain. Saya memang tak perasan tentang perubahan tu,” kongsinya.


IG


Malah, suami Abil turut meminta dirinya untuk membuang watak filem tersebut dan kembali ke perangai asalnya sebelum masuk ke rumah.

“Lepas tu suami saya suruh buang dekat luar watak Ramlah tu sebelum masuk ke rumah, maksudnya buang karakter tu,” ujarnya semasa ditemui di sidang media malam gala filem Rahsia yang diadakan di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas tentang karakter yang dibawa dalam filem itu, Abil memberitahu Ramlah membuatkannya menjadi seorang agresif dan sering termenung.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk menghabiskan penggambaran sepenuhnya sebelum pulang ke rumah.


IG

“Watak tu buat saya jadi agresif dan cepat marah sebab kita berlakon akan ambil mood, jadi untuk hilangkan watak itu saya akan ambil kembali mood gembira sebelum masuk rumah.

“Dalam kereta masih stress fikir watak tu bila sampai rumah saya kena tukar karakter jadi happy. Penat nak tukar karakter. Jadi saya ambil keputusan untuk jumpa mereka kembali selepas penggambaran selesai sepenuhnya.

“Kemudian bila pulang ke rumah barulah suami saya lega kata isteri saya dah kembali, sebelum itu bukan awak, itu adalah Ramlah. Saya benci Ramlah.

“Saya dah kembali normal, ceria dan berborak seperti biasa sebab sebelum ni suami kata saya berbual tapi tiba-tiba jadi serius, tengah termenung,” ujarnya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-8-2023 07:37 PM
dulu kaka suka tengok filem harum sundal pontianak malam.

yang may@ karin terbang2 tu sangkut kat pokok. seram sebab jalan cerita ada lagu dan vibe melayu lama.

Quote _blackbird 2-8-2023 08:25 PM
Aku suka tgk tone kulit dia ni. Walaupon tak putih tapi tone dia sekata & bersih
Quote heythere123 2-8-2023 09:24 PM
terpaling anak seni la katakan
Quote Hoola 2-8-2023 09:28 PM
kalu nk launch sesebuah pilem, dan dan msg2 buka cite ye
ms shooting terdgr bunyi itu ini ternmok hantoo tertelan ulat sagu terpeliot lutut lakukan aksi
#art berat
Quote doubleA 3-8-2023 03:33 AM
Tetap iols tak rasa nak tengok pilem ni sebab iols memang tak kuasa nak tgk pilem seram kt pawagam. Good luck harap box ofis
Quote she 3-8-2023 04:33 AM
Dulu dia gaduh dengan Sol kes apa ye
Macik lupa dah

Btw ritu kita kutuk gigi anak dia kuning berkerak kuning
Tup2 dah bawa g pakai braces dah
Baca forum ler tewwww
Quote shernazz 3-8-2023 07:59 AM
Gi healing lahhh
Quote misz_sanggul 3-8-2023 09:09 AM
Nabila ni I suke sgt tgk dia pkai kebaya die de vibe cm saloma..
sbb I pun suke tgk dressing thn 50an tu kan mcm lawa dgn lipstik merah
Quote BoongaKertas 4-8-2023 08:46 AM
citer sheols nak collab utk rumah dia tu jd ke? sbb ttiba meols terbaca kat explore ig. random soalan meols. hahaha!
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:06 AM
Nabilaa suka tgk dia belakon
Quote adelea 4-8-2023 10:38 AM
Patut la some pelakon mmg pergi healing lepas shooting , mat saleh pon buat macam ni especially yg berlakon drama  berseason season …

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060570 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top