CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Sanggup Beratur Panjang Nak Bergambar, Bell Ngasri Semakin Glamour, "Jadual Padat, Waktu Dengan Anak Jadi Sikit"

2-8-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2892| Komen: 5

Isteri Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi impak luar biasa diterima atas kemenangan suaminya sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH.

Paling ketara apabila jadual harian Bell yang semakin padat menyebabkan masa bersama keluarga agak terhad.


Foto: IG

"Selepas hari kemenangan, saya rasa masa suami bersama anak boleh kira beberapa jam sahaja. Bila balik rumah waktu malam, anak sudah tidur. Waktu pagi ketika anak nak ke sekolah, Bell pula masih tidur.

"Kalau jumpa pun, mungkin dalam tengah hari. Masa itu terdetik juga dalam hati saya, tak boleh jadi macam ni... (ketawa). Bell pun sedar dirinya tak cukup rehat.

"Saya lihat ramai sanggup beratur panjang untuk bergambar dengan Bell ketika kami ke Karnival Jom Heboh, Pulau Pinang, minggu lalu. Walaupun penat, tetapi saya lihat Bell tetap tersenyum melayan peminat.




"Kasihan juga melihat keadaannya, tetapi nak buat macam mana. Bell pun tak nak dikatakan berlagak jika tak layan peminat. Secara bergurau, saya ada juga bertanya pada Bell, seronok bila jadi popular?

"Dari jawapan diberikan, Bell akur sahaja dengan pengalaman baharu dilaluinya," katanya kepada BH Online.

Farhana juga sering mengingatkan Bell agar sentiasa berhati-hati dalam apa juga tindakan yang dilakukan.


"Saya sering menasihatkannya berhati-hati dalam tutur kata dan apa sahaja yang dilakukan kerana tidak semua orang sukakan kita. Dalam situasi sekarang tentunya banyak mata memerhati Bell.

"Walaupun ini bukan perkara baharu buatnya, tetapi selepas menang trofi Bintang Paling Popular dan mencetuskan fenomena, cabarannya lebih besar. Secara tidak langsung, saya terkena juga tempiasnya.

"Saya memang tak biasa dengan benda-benda glamor. Bila Bell beritahu kena melintasi karpet merah pada malam kemuncak ABPBH 35, saya sampai tak tidur malam. Bimbang dan takut kena kecam," ujar Nur Farhana yang juga seorang penulis skrip.


Terdahulu, Nur Farhana bersama tiga anaknya turut menemani Bell menerima hadiah kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd di premis syarikat berkenaan di Jalan Ampang di sini, semalam.

Malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya menyaksikan Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan mengungguli kategori Artis Komedi Popular pada 21 Julai lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 2-8-2023 06:09 PM
you gain some...you lose some....that's life
Quote newyork 2-8-2023 06:41 PM
Takpe..temporary ja tuh..nnt dah sejuk jadi mcm mawi..ehh tak kot kann
Quote Goodluckdontcry 2-8-2023 10:05 PM
Benda mcm ni sekejap jer..rileks rileks sudehhh...lainla kpop..dh mcm berdekad tahun, msh utuh jer..dulu msia demam drama Spanish.. sekejap jer..pastu Hindustan.. sekejap juga..pastu drama indon bawang sana sini.. nabila yang suka berdoa.. kehkehkeh sekejap juga..tp kpop dr thn awal 2000 an smp skrg..msh smooth criminal...

Kehkehkeh maafla den mengimbau situasi semasa jer...
Quote Madel 2-8-2023 10:10 PM
Sekejap je ni.
Esok lusa sendu balik
Ramadan tahun depan baru la nama nko disebut2 balik.
Itu pun kalau drama yak yak yeh nko tu ada kluar kat tv ler.
Menang pun atas simpati netizen yach.
netizen ni sejenis cepat jemu n pelupa.
Quote rosedemon 3-8-2023 09:42 AM
dah la tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.210705 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top