CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Malas Nak Layan Pelakon Baharu Yang Hanya Nak Kejar Glamour

2-8-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4594| Komen: 27

Nabila Huda kagum dengan pelakon baharu yang begitu minat untuk berjaya dalam industri lakonan tanah air.

Namun dia sama sekali tidak akan menasihati pelakon baharu yang tidak menunjukkan minat mendalam ketika berlakon.


Katanya tidak wajar untuknya memberikan nasihat kepada sesetengah pelakon yang nak kejar glamour sahaja.

Foto: IG

"Setelah beberapa lama, saya dapat lihat ada beberapa pelakon baharu sekarang ini mungkin mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan kerana mempunyai kepentingan sendiri sahaja.

"Maksudnya mereka jadi pelakon bukan sebab mereka betul-betul nak jadi pelakon, saya boleh nampak dan bukan main tuduh atau judge ke apa.

"Mereka lebih ceburkan diri kerana nak dapatkan fame, lebih kepada nak jadi famous di televisyen, nak jadi terkenal, nak memiliki harta benda, nak disanjungi, dipuji tetapi bukan sebab passion," katanya seperti dipetik di OhBulan.



Nabila lebih memilih untuk tidak memberikan sebarang nasihat kepada sesetengah pelakon sebegitu kerana tidak mahu timbulnya perasaan negatif seperti benci-membenci dalam diri mereka terhadapnya.

"Bila saya nampak ada sesetengah pelakon yang tidak begitu minat dalam bidang ini, saya rasa tidak perlulah untuk saya memberikan nasihat.


"Pada saya mereka buatlah apa yang mereka suka, lantak kan lah mereka nak buat apa. Nanti suatu hari nanti mereka pasti akan menyesal.

"Masing-masing semakin meningkat dewasa, tak perlulah untuk saya nasihat sebabnya saya pun bahagia dengan hidup saya.

"Nanti kalau saya cakap-cakap, beri nasihat silap-silap orang akan lagi benci pada saya. So, don’t bother.


Dalam pada itu, dia terbuka untuk memberikan segala tips dan nasihat kepada pelakon yang benar-benar mahu memantapkan lagi gaya lakonan mereka seterusnya menjadi pelakon yang hebat.

"Dahulunya, saya sangat berharap mereka yang muda dan baharu ini menginspirasikan gaya lakonan pelakon-pelakon senior.


"Ada juga beberapa pelakon yang jujur, betul-betul nak jadi seorang pelakon, itu bagus.

"Ada yang jumpa saya dan dia hormat, dia bercakap, ‘Kak saya memang nak sangat jadi macam akak, apa yang perlu saya buat?’. Ha kalau yang itu saya akan kongsi segala tips yang saya boleh bagi kepada mereka." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 2-8-2023 05:18 PM
Pelakon baru atau staff baru pun malas nak layan senior2 kekwat… mcm ko ni la tpaling senior… tgk erra yg primodana tu pun x pnh kuar statement kondem junior.
Quote dudaberhias 2-8-2023 07:06 PM
terpaling malas nak melayan hujung2 ko jugak yang komen isu masya masyitah dapat hidayah lepas tengok tayangan perdana barbie tu...

Quote tulip-rain 2-8-2023 07:06 PM
Banyak cakap betullah dia ni. Perasan.
Ade ke yg peduli dgn nasihat kau tu.
Quote Tunakimchi 2-8-2023 07:45 PM
Makin hari makin poyo dia ni. Terpaling retis
Quote smudger01 2-8-2023 08:30 PM
Dulu2 I ingat lagi masa Nabila berlakon Blok 404, mmg stiff actingnya. Tp lama2 improved. Dia berlakon ok sgt, cuma tu la..bila byk kali baca komplen dia psl pelakon baru, mcm dh overshadow semua psl keje dia. Skrg ni bila I fikir psl Nabila, I duk teringat apa yg dia ckp psl junior actors je. None of her projects even came to my mind.
Quote asamfish 2-8-2023 08:53 PM
tak suka betul bila org2 yang suka guna 'seniority' dalam hidup.....it soooo yesteryears!  
Quote heythere123 2-8-2023 09:09 PM
unsolicited advice will rarely be welcomed pon. So simpan je nasihat tu unless orang mintak.

tapi sheols ni memang kuat bebenor ye merempan pasal junior actors. Projecting on other people lettew
Quote Goodluckdontcry 2-8-2023 09:46 PM
Sbb die selalu mengepamkan diri.die..gambar yg den tgk kat forum la juga...jadi walau ko bersiap bagai nak rak, tetap imej kepam tu yg keluar dlm kepala otak berjambul den...kehkehkeh suka ati ko la cik kak cuma sekilas den tgk lakonan ko dlm tv saat ni..den nmpk makin over acting..tak mcm waktu ko tgh2 dh mula dikenali..waktu tu nmpk natural juga...skrg?? Mcm acik ogy... kehkehkeh kalau xover..xsah...
Quote Pak.dolla 2-8-2023 09:48 PM
dalam kubur nanti mungkar dan nangkir tak tanya pun ko pelakon ke apa lah....
apalah nak bangga sangat bukan bole bwk mati..
Quote she 2-8-2023 10:55 PM
Dia ni bukan level Fasha Sandha pun
Bukan budak teater

Nampak lah 20 tahun lagi dia akan jadi macam Pojiah Nawi
Ada aje tak kena dengan pelakon muda
Quote jambatannetizen 2-8-2023 11:41 PM
Aku rase sebenarnya dia ni bitter lebihhh kat Sophia kot. Hahahahhah muka kau pun mcm senduk kupukupu. Siannn la ko condemn org sana sini, org tu dpt award. Xterlintas kat fikiran ko
Quote Dolmat 2-8-2023 11:50 PM
Edited by Dolmat at 2-8-2023 11:52 PM

Ratu primadona filemmm lebih banyak berlakon filemmm minding her own business, tak macam si dekni perasaaaaannnnn seniorrrr lah sangattttt membebel, merempannnn, menunjukkkkk, bapak Aku Amy search memekak meroyan premeno macam tak puas organism!  Hellllloooo KO tu setakat anak Amy  bukannyer Liv Tyler anak Steven Tyler Aerosmith!

Quote rosedemon 3-8-2023 09:41 AM
acahhhh terrrpaling hebat la tu
Quote lyshafull 3-8-2023 09:52 AM
Alaaa spe je la x nak duit
Org kerja sebb duit
kalau pelakon muda banyk kat tv slahkan prod yg amik sebb nk yg lawa je
Yg betul2 nk berlakon watak sampingan jaa
Quote Honey_Inara 3-8-2023 10:55 AM
Ala abil dulu2 masa berlakon blok 404, kem 505 kayu juga.. lontaran dialog senada je. Dah lama baru nampak polish bakat tu.
Quote wirazam 3-8-2023 02:25 PM
September14 replied at 2-8-2023 05:18 PM
Pelakon baru atau staff baru pun malas nak layan senior2 kekwat… mcm ko ni la tpaling senior… tgk  ...

Pastu claim pandai berlakon..berlakon apa nya kalau ko pukul betul2...
Yg pandai berlakon, dia berlakon tapi penonton nampak mcm real
Quote wirazam 3-8-2023 02:30 PM
she replied at 2-8-2023 10:55 PM
Dia ni bukan level Fasha Sandha pun
Bukan budak teater


Kann..wan maimunah is better dari poziah Tu..at least wan maimunah X de nak tunjuk diva...mmg sesuai dicarutkan nabil scr tak sengaja masa kat meletop...boleh lak aku teringat scene tak bermanfaat tuh..
Quote bukan_ustazah 3-8-2023 03:01 PM
Terpaling passionate , terpaling pandai berlakon
Quote CikYaYaYa 3-8-2023 03:13 PM
Makin TERPALINGGG dia niee

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.093943 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top