CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kisah Sharifah Aini: Terpaksa Lupakan Cita-Cita Nak Jadi Doktor, Teruskan Menyanyi Untuk Bantu Datuk Susah

2-8-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6960| Komen: 72

Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar, dikenali sebagai “Biduanita Negara” selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Beliau telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. 


Memetik Murai.my, Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya yang dijaga dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. 


Foto: Google

Sharifah juga mempunyai kebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.

Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu.

Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. 

Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah dan lain-lain.

Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul “Tiga Malam” dan sekaligus dinobatkan sebagai “Juara Bintang RTS” 1968 dan dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969.

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.

Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual.

Sebelum ini, Sharifah Aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat.

Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert “Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini” di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. 

Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. 

Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran “Permata Negara”[2] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain

Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, ketika Allahyarhamah berusia 61 tahun. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitney72 2-8-2023 04:48 PM
Selayaknya Almarhum digelar Biduanita classy dan xclusive ...93 album tu...the best ever
Quote ashilalat 2-8-2023 07:59 PM
Kalau arwah hidup lagi, dah tentulah acik² forum cari yg sama yg memuja muji beliau lah yg akan mencerca beliau mcm x cukup kertas.

Antara cercaan - dah tua bila nak berenti menyanyi, anak ustaz mak menyanyi, dah tua pon sibuk menempel ke penyanyi muda, dh tua pon dengki dgn penyanyi baru (posibality fanz aina bendul), suara tu aurat, suara makin berkarat, x eksklusif sbb asyik muncul kat tv, lagu dah x sedap.

Tp suara sharifah aini antara yg lemak merdu walaupon range nya tak besar dan lagu² nya banyak terperangkap di range yg terhad.

Zaman sharifah aini vs uji rashid zaman kemuncak beliau.

Quote Ahriman 2-8-2023 08:26 PM
Sampai skrang takde sesiapa boleh tiru sore lemak merdu kak pah...
Quote Whitney72 2-8-2023 09:55 PM
Ahriman replied at 2-8-2023 08:26 PM
Sampai skrang takde sesiapa boleh tiru sore lemak merdu kak pah...

Kan...the one and only...bukan saja lunak merdu, sebutan jelas, nyanyian hidup serta nafas yg pnjang...

Suara Tok Ti beribu org blh tiru...
Quote sharlenetexas 2-8-2023 09:57 PM
Suara one and only, jelas dan nyata.


Quote anony-mous 3-8-2023 12:26 AM
Iols x hidup zmn kegemilangan tokpah. Boleh suggest lagu dia yg best? English n malay?
Quote Farnor 3-8-2023 01:23 AM
Guwe tak pernah lg kecam2 sharifah aini..guwe mmg minat dia sbb alunan bacaan Quran sngt cantik dan merdu..rindu pula..
Quote rosedemon 3-8-2023 09:41 AM
nape nk diungkit2 kisah pah ni
Quote Whitney72 3-8-2023 09:44 AM
xAthenax replied at 2-8-2023 10:59 PM
tokti  high note binggit

Sebutan byk kurang jelas juga
Quote Whitney72 3-8-2023 09:44 AM
anony-mous replied at 3-8-2023 12:26 AM
Iols x hidup zmn kegemilangan tokpah. Boleh suggest lagu dia yg best? English n malay?

Blh cari dlm utube...
Quote KamikuP 3-8-2023 09:49 AM
anony-mous: Iols x hidup zmn kegemilangan tokpah. Boleh suggest lagu dia yg best? English n malay?


Meolls ralat sbb tak pernah satu pun pegi konsert dia masa dia hidop sbb meolls tak cukup duit nak pegi lagipon masih study dulu.. huhuhuhu
Kalau cuolls nak tau lagu mana sedap, kat spotify byk album koleksi arwah, semuanya sedap.
Alfatihah buat beliau.
Quote kucingitam 3-8-2023 10:11 AM
sharlenetexas replied at 2-8-2023 09:57 PM
Suara one and only, jelas dan nyata.

betul. suka dengar bila dia bercakap..sebutir2 dapat dengar dengan jelas.
Quote kucingitam 3-8-2023 10:13 AM
iols ada piring hitam yang ada lagu kudaku lari.. masa sek rendah memang rajin pasang lagu  tu.. panjang nafas dia tang 'ooooooooooo kudaku lari gagah berani'
Quote Kancilkering 3-8-2023 10:14 AM
masa tu org compare dia n alip
uih rashid n chico

mesti le alip hensem….sib baik arwah masukkan alip tu sekolah tafiz….rezeki arwah…..
Quote Honey_Inara 3-8-2023 10:21 AM
anony-mous replied at 3-8-2023 12:26 AM
Iols x hidup zmn kegemilangan tokpah. Boleh suggest lagu dia yg best? English n malay?

Iols pun tak hidup zaman kegemilangan tokpah. Tahu sikit² lagu² lama. Tapi iols suka lagu² baru tokpah era 2000 macam lagu seribu mawar dan maafkanlah.
Quote dudaberhias 3-8-2023 10:28 AM
ashilalat replied at 2-8-2023 07:59 PM
Kalau arwah hidup lagi, dah tentulah acik² forum cari yg sama yg memuja muji beliau lah yg akan men ...

iolsss rasa iolss pernah terbaca komen macam kaka sebut tu zaman kak pah ada dulu...tapi iols masa tu dah ada akaun ni dah tapi silent reader je.. masa tu sekolah lagi gittuhhh...

kebetulan iols tahu satu je lagu sharifah aini yang seiring sejalan tu je...




Quote ashilalat 3-8-2023 10:45 AM
xAthenax replied at 2-8-2023 10:58 PM
English Album dia pun mantap!!
suara dia memang tak boleh nak lawan
dia tak perlu tarik2 suara sampa ...

Range dia x besar...sbb tu dia xde tarik² tapi lenggok dan ton suara dia merdu.
Quote ashilalat 3-8-2023 10:48 AM
dudaberhias replied at 3-8-2023 10:28 AM
iolsss rasa iolss pernah terbaca komen macam kaka sebut tu zaman kak pah ada dulu...tapi iols masa ...

Hahaha..aku baca banyak komen mcm tu masa tok pah hidop, masa tu aku guna nick laen.

Terutama kes tok pah menggelupur baring dalam longkang depan sri pentas dlu. Berbakul kutukan diterima...nyanyi x sedaplah, patut pencen lah. Alih² arini dah x de, dipuja puji pulak. Hipokrit much forumer² cari.
Quote anony-mous 3-8-2023 01:56 PM
Whitney72 replied at 3-8-2023 09:44 AM
Blh cari dlm utube...

Utube byk tp i nk suggestion dari peminat tokpah sdri.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039698 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top