CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kental Lawan A. Aida, Amelia Henderson Menangis Dilabel Keras Kepala Dan Sombong

2-8-2023 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9479| Komen: 70

Amelia Henderson menangis apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan enggan berundur dalam kemelut berhubung isu pelanggaran kontrak syarikat produksi A.Aida Production.

Tetap berjuang melawan penerbit terkenal Datuk A. Aida, Amelia atau nama lengkapnya Amelia Thripura Henderson berkata, tidak pernah terdetik sepanjang 27 tahun karier lakonannya, dia akan berdepan dengan cabaran sebegini.



Foto: Kosmo

“Ada komen yang menganggap saya degil dan sombong kerana mengambil keputusan memperjuangkan kes ini.

“Kalau orang lain mungkin memilih untuk tidak meneruskan jalan ini.

“Namun, sepanjang 27 tahun dalam industri, saya tidak pernah membayangkan berdepan situasi seperti ini,” katanya dalam nada sebak kepada Kosmo! Online ketika ditemui di pejabat syarikat guaman, Fernandez dan Selvarajah di sini hari ini.

Lega apabila keadilan seperti kian menyebelahi dirinya, pelakon filem Pulau itu bagaimanapun enggan terlalu terkesan dengan konfliknya berlaku. Katanya, dia tetap optimis dengan rezeki yang datang daripada Tuhan walaupun reputasinya tercalar.


“Sudah semestinya saya ambil berat mengenai kerjaya saya dan tidak mahu menghancurkan segala yang telah dibina selama ini.

“Apabila saya fikir tentang rezeki akan datang, saya reda kerana rezeki bukan di tangan manusia tetapi semua terletak atas ketentuan Tuhan,” ujarnya lagi.

Hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan rayuan Amelia menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Sebelum ini, Amelia memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi tersebut pada 7 April lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Semasa perbicaraan seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.


IG

Sementara itu, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini, media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 2-8-2023 07:06 PM
Memang pun keras kepala perasan retis hebat lah tu. iols heran gak la dah kenapa meleis2 sanjung minah yenna ni.
Quote I.K.A888990 2-8-2023 07:08 PM
kental ke atau ego sombong
Quote Nana_Man 2-8-2023 07:16 PM
Tak suka dia dgn aedy
Quote MilanAdelynn 2-8-2023 07:19 PM
Ego je ni. Terpaling bijak iq konon kan...
Quote ashilalat 2-8-2023 07:30 PM
27 tahun dalam industri? Serius lah? Tak tahu pon apa produk kau...sejenis bodoh sombong dan ego tinggi melangit.
Quote primarikey 2-8-2023 07:33 PM
Klu x ego mcm deris tu
Quote September14 2-8-2023 07:38 PM
Bgus lah bkn semua ikan bilis berani cmm ko… klu kt opis ni org mcmni lah yg sllu lawan bos yg x betul
Quote gerbera.memopad 2-8-2023 07:48 PM
Menyebelahi dirinya apa ke benda? Hang dah siap-siap kalah dah. Cumanya sekarang court benarkan tangguh bayar ganti rugi tu je pun.
Quote dudaberhias 2-8-2023 08:01 PM
Takyah nak acah2 nangis lah... Dah memang keras kepala pun... Si derih tu elok je settle luar mahkamah... Ko tu nyah asyik acah kekwat sangat... Darah pari pari membuak2 la tu sebabtu acah2 kekwat dan mendiva...

Padam lah muka senang citer... Bayar je lah saman tu...

Quote Piramida 2-8-2023 08:03 PM
ashilalat replied at 2-8-2023 07:30 PM
27 tahun dalam industri? Serius lah? Tak tahu pon apa produk kau...sejenis bodoh sombong dan ego tin ...

Dari baby rasanya jd model.
Quote Fly_over 2-8-2023 08:27 PM
yg untung lawyer melia oiii…
Quote edoraixora 2-8-2023 08:29 PM
Jadi model masa kekecik dulu, pastu recently je berlakon, terus claim 27 tahun
Quote Kancilkering 2-8-2023 09:11 PM
yada yada yada sembang kari lah lu ame asnaf
Quote heythere123 2-8-2023 09:23 PM
tak suka both AH & AA tapi lagi nyampah dengan AH sebab ala2 nak tunjuk strong woman padahal sheols memang salah dari awal. Pastu boleh pulak spin cerita nak bagi nampak sheols teraniaya.

iols harap novelis SLCK benci sheols sebab dah putar belit pasal skenario asal cerita tu.
Quote roxettemy 2-8-2023 09:27 PM
Tu lawyer dia yg boyish rambut kelabu tu bukan kazen si Faisal ke ? Sheols salu je teman abam long kat court haritu waktu kes dgn Emilia.
Quote sharlenetexas 2-8-2023 09:32 PM
Kiri kanan tu kakpeng ke?

Quote winky1 2-8-2023 10:05 PM
degils....si deris tu tenang dan boleh move on
Quote heythere123 2-8-2023 10:11 PM
roxettemy replied at 2-8-2023 09:27 PM
Tu lawyer dia yg boyish rambut kelabu tu bukan kazen si Faisal ke ? Sheols salu je teman abam long k ...

haah, tu la si jill
Quote heythere123 2-8-2023 10:11 PM
sharlenetexas replied at 2-8-2023 09:32 PM
Kiri kanan tu kakpeng ke?

kiri taktau tapi kanan memang certified kakpeng

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.286037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top