CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlampau Percaya Dengan Pengurus, Lesap Duit RM200 Ribu! Seminggu Zynakal Duduk Hadap Dinding

2-8-2023 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2997| Komen: 4

Zynakal berkongsi kisah sepanjang berada di dalam industri seni dan ditipu bekas pengurus.

Menerusi temu bual bersama Bros Gang TV, penyanyi ini berkongsi bagaimana dia mula terjebak dalam industri seni dan daripada mana datangnya nama Zynakal.


Foto: IG

Katanya dia dibesarkan tanpa seorang ayah dan adik beradik. Dia hanya mempunyai ibu. Oleh sebab itu, dia kerap ‘turun padang’ dan berjumpa dengan orang ramai untuk menyanyi.

"Saya hanya ada ibu. Ibu pula merupakan ibu tunggal. Sejak kecil saya dah jumpa orang dan sembang dengan orang. Masa itu juga saya tunjuk kehebatan vokal saya dan berusaha kutip duit. Kalau korang nak tahu, kebaikan busking boleh membuatkan korang berinteraksi dengan orang yang kita tidak kenal. Secara tidak langsung, boleh meningkatkan keyakinan diri.



"Dulu saya mula dengan nyanyian. Nama Zayn tu sebenarnya saya ambil daripada Zayn Malik kumpulan One Direction. Masa itu saya suka vokal dia. Dia sangat memberi inspirasi dan vokal memang power. ‘Nakal’ itu pula sebab saya minat Akim Jahat dari Singapura. Jadi saya terfikir kalau Singapura ada jahat…saya nak ambil apa? Tiba-tiba saya terlintas nak ambil nakal. Jadi taklah jahat dan taklah tak baik.

Zynakal memberitahu dia terpaksa menempuh cabaran melebihi daripada kejayaan.


"Saya lebih banyak cabaran daripada kejayaan. Iyalah takkan saya nak tunjuk cabaran. Cabaran paling utama yang saya kena tempuh melibatkan scam. Bekas pengurus saya sendiri yang scam saya. Saya langsung tak percaya kena tipu. Rupanya buruk sungguh perangai orang itu. Senang cakap dia pencuri.

"Saya kena tipu sebanyak RM200 ribu hingga RM300 ribu. Kami duduk sekali dan masa itu saya tak sihat. Banyak barang peribadi saya ada dekat dia. Dia tukar semua no pin akaun saya. Dia masuk dalam akaun saya dan transfer duit ke akaun dia. Dia tahu semua pasal akaun bank saya. Saya percaya dia sebab pengurus. Lagipun semua duit kerja masuk dekat dia kemudia baru dimasukkan ke saya. Jadi saya percaya."

Ujar Zyn, wang yang diambil itu merupakan hasil titik peluh yang disimpan selama ini.


"Duit RM200 ribu itu duit show, duit advance daripada syarikat, duit shooting saya. Dia suruh saya berlakon masa bulan puasa. Saya buat juga. Selain daripada itu, duit saya jadi duta."

Zyn berkata dia mula meneliti perbelanjaan bekas pengurusnya dan menyiasat lebih teliti gaya hidup individu tersebut.

"Saya terkejut dia bayar rumah sahaja RM9 ribu. Dulu saya pergi show dengan dia, dia bawa kereta mewah. Rumah dia pun besar. Saya percaya masa itu. Beli jiwa. Bila saya periksa perbelanjaan semua, rumah sahaja RM9 ribu dan kereta RM7 ribu. Setahun juga saya tak sedar kena tipu. Beratus ribu habis dekat situ.



"Saya cari dia masa itu. Situasi saya pun memang down sebab kita kerja ada tujuan hidup. Bila benda macam ni jadi saya hilang. Seminggu juga duduk dalam studio tengok dinding dan fikir mengenai masalah ini. Sampai satu hari, aku tarik nafas dan kata tak apa lepas ni kumpul balik.

Di akhir temu bual, Zynakal memberi pesanan buat semua agar sejauh mana kita berkawan dengan seseorang, kita perlu meletakkan batas dalam pergaulan. Tambah Zyn, manusia boleh berubah bila-bila masa.

"Bukan semua benda kawan boleh tahu mengenai kita. Takut dia makan kita balik. Kes saya ni, saya buat laporan polis untuk melindungi diri. Apa yang terjadi bagi saya agak berat untuk cakap, tapi saya dah halalkan. Daripada buang masa fikir, lebih baik saya teruskan hidup." -CARI

Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 2-8-2023 02:30 PM
Zyn, ape kata ko jual serum muka. Ko tepek jer muka ko zaman homeless dgn sekarang. Cepat jer ko bole kumpul balik 200K tu.
Quote dudaberhias 2-8-2023 02:35 PM
anilanil replied at 2-8-2023 02:30 PM
Zyn, ape kata ko jual serum muka. Ko tepek jer muka ko zaman homeless dgn sekarang. Cepat jer ko bol ...

choii kaka tak baik tau...

kalau heols jual serum muka confirm la tak laku kalau dah gitu je rhoper tuan penjualnya pun...

iols nak sarankan heshe letak tin kosong depan heols jah... confirm ada acik2 yang hulur seringgit dua...

dalam setahun dapat la balik duit tu sebab orang malaysia kan pemurah bab menderma ni...


Quote rosedemon 3-8-2023 09:37 AM
sape suro ko odoooo
Quote anilanil 3-8-2023 12:21 PM
dudaberhias replied at 2-8-2023 02:35 PM
choii kaka tak baik tau...

kalau heols jual serum muka confirm la tak laku kalau dah gitu je rhop ...

Muka heols kira dah herlok la tu dari zaman homeless dulu..ke heols pakai wuduk jer mcm nek anita las vegas?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058259 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top