Bekas kekasih anak tiri Siti Nurhaliza, Tyra Kamaruzaman mengumumkan bahawa perjalanannya sejak enam tahun yang lalu bagi membangunkan jenama produk kecantikan dan alat solek Beautyra sudah terhenti di tengah jalan.
Di Instagram, Tyra menulis panjang lebar mengenai suka duka dan liku-liku yang dilaluinya sepanjang membangunkan jenama kosmetik tersebut. Katanya dia mengorbankan pelbagai perkara tidak kiralah wang, tenaga dan air mata sepanjang perjalanannya memperkenalkan Beautyra ke mata peminat. Katanya dia sudah mematuhi dan mengikuti segala apa yang perlu diikuti namun pegangan dan prinsip hidupnya adalah lebih daripada itu. "Saya berpegang teguh dengan prinsip saya dan untuk lebih maju, saya tidak boleh terperangkap dalam ‘sangkar’ dengan manusia yang menahan diri saya untuk lebih berjaya. Saya perlu terus berusaha, supaya Beautyra terus terbang tinggi.
|
becir replied at 2-8-2023 02:56 PM
Try hard nak tiru kylie jenner..
ADVERTISEMENT