CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

NJWA Tak Suka Pengasuh, Selesa Jaga Anak Sendiri "Politik Pun Tak Minat, Tak Nak Ikut Jejak Bapa"

2-8-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4240| Komen: 21

Gambar NJWA mendukung seorang kanak-kanak perempuan di Instagram miliknya bulan lalu mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat.

Tak ada berita hamil atau bersalin membuatkan ramai membuat spekulasi penyanyi tersebut sudah bergelar ibu.


NJWA memberitahu dia disahkan hamil ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 16 April 2021 yang diberi nama Kaleela.

Foto: IG

Sejak bergelar ibu katanya, dia lebih banyak memberi fokus kepada keluarga apatah lagi ketika itu persembahan pentas tidak dibenarkan bagi mengekang penularan Covid-19.

"Sebelum ini kita berdepan dengan Covid-19 dan rasanya satu perkara biasa kurang terlibat dengan mana-mana persembahan. Dalam tempoh itu juga saya hamil dan disebabkan itu fokus saya beralih kepada keluarga.

"Dalam tempoh hamil saya memang tidak suka menyanyi. Tidak tahu kenapa, tetapi itulah yang berlaku.


"Sekarang saya kembali aktif semula dalam bidang seni dan harap akan ada peluang untuk saya," katanya kepada mStar.


Lama tidak muncul dengan lagu baharu, NJWA diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut yang berjudul Alunan Lara yang ditulis sendiri olehnya.

Berkongsi fasa baharu sebagai seorang ibu, NJWA berkata, dia lebih selesa menjaga Kaleela sendiri tanpa bantuan pengasuh.


"Dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan (PKP) fokus saya memang untuk keluarga di rumah termasuk menjaga anak. Saya tiada pembantu dan menguruskan rumah tangga sendiri.

"Anak saya masih kecil, jadi rasanya perlu ada ikatan yang kuat antara kami. Saya mahu melihat sendiri perkembangan anak membesar.

"Sekarang ini apabila sudah kembali aktif dan bekerja, saya masih cuba untuk cari keseimbangan supaya dapat menyusun jadual dengan baik."

Untuk rekod NJWA mendirikan rumah tangga dengan Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac 2015.


Sementara itu, NJWA berkata, dia tidak pernah terfikir untuk terjun ke dunia politik mengikut jejak langkah bapanya iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NJWA berkata, keluarganya juga amat memahami minat terhadap dunia seni dan tidak pernah memaksanya bertanding dalam sesi Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN).


"Saya memang tidak pandai berpolitik. Jiwa saya lebih ke arah bidang seni. Keluarga sangat memahami dan mereka menyokong kerjaya muzik saya.

"Malah mereka tidak pernah memaksa saya untuk cuba bidang politik. Mereka tahu minta saya lebih ke arah seni," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 2-8-2023 11:22 AM
Elok ko dgn keturunan ko duk diam2 jelah...enjoy harta tak abis dari bapak
Quote adeqbun 2-8-2023 11:25 AM
Yg kata x nk pengasuh nak jaga sndri tu untung laaa xyah ari2 p keje ....ramai kering ati antar pengasuh dan nurseri sbb  kene p keje .bkn sj suka2 nk bg kat org
Quote Goodluckdontcry 2-8-2023 11:50 AM
Kalau ko msk politik pun..mcm xbg apa pun..so duk je la diam2 jd penyanyi sendu pun xpe..dan adik ko menDJ je la.. kehkehkeh

Muka ko dik iras mcm muka cucu PRamlie dan muka adik acik Ogy..kalau berlakon jd adik beradik dan mak pun, ok juga.. kehkehkeh cuma beza realitinya, ko anak org kaya dik..jd nmpkla semenggah sikit...
Quote chinta89 2-8-2023 01:38 PM
aku suka suara dia, best. u got to go ke ape dah nama lagu tu zmn dia free hair lagik.

tp dia mcm x menyerlah walaupun suara sedap, nape eh.
Quote dudaberhias 2-8-2023 01:48 PM
who is yuhhhhhhhhhh... iols try google pun tak kenal... najwa mahiaddin ke ni?

kalau yang tu iols kenal gak la..
Quote pocongkiutss 2-8-2023 01:54 PM
dudaberhias replied at 2-8-2023 01:48 PM
who is yuhhhhhhhhhh... iols try google pun tak kenal... najwa mahiaddin ke ni?

kalau yang tu iols k ...

Yup dia ler tu
Quote Lavender_Violet 2-8-2023 03:21 PM
Sejak bila sheols ni bertudung?
Tapi ok la sheols ni tak mencapub kerjaya politik bapak sheols macam si Kak Long Jahid Komedi
Kalau dia join politik boleh lah ngeteh sama2 dgn Kak Long & Nurul Izzah
Quote Whitney72 2-8-2023 04:25 PM
Lavender_Violet replied at 2-8-2023 03:21 PM
Sejak bila sheols ni bertudung?
Tapi ok la sheols ni tak mencapub kerjaya politik bapak sheols macam ...

Sejak Bersatu join Pas kot...haha..parti Yislamik kan..padahal ank ketagih nk nyanyi di club...munafik je PN ni ...abg dan adik dia pun kaki clubbing amat...sama lar dgn ank Nuar Musa..
Quote heythere123 2-8-2023 09:34 PM
waktu PRU haritu pon sheols tak join pon kan berkempen? tapi cousin sheols pulak rajin turun padang support bapaknye
Quote ashcroft86 2-8-2023 09:46 PM
Hate his dad, tapi sheols mmg berbakat. Lagu2 yg niche tapi sedap, nak2 klu buat dgn loque. Lagu2 sheols xkan naik carta la, bkn market sheols pon, lgpun reta xabis 10 keturunan. Lagu sheols dgn amran ajmain tu sedap. Xde nk buat showcase ke?
Quote Lampuled 2-8-2023 10:09 PM
Walaupun tak berkenan dgn bapak dia tp suka juga dgn najwa ni sbb buat keje dia je. Tak menempel nama bapak.
Quote sharlenetexas 2-8-2023 10:15 PM
Kakak moslem priest jongos.


Quote Piramida 2-8-2023 10:18 PM
Eloklah tak gila glamer cam anak politician sorang tu.. Giat menyanyi berkempen. Dan menjawab je kerjanya.
Quote September14 2-8-2023 10:40 PM
Pengasuh tu bkn sbb suka x suka tp xde pilihan kak oiii.. ko kaya ntah2 x kje pun duit masyukk mmg lah smua benda senang je ckp
Quote Shayang 2-8-2023 10:44 PM
Kenapa nama dia eja gitu?
Ayah dia plak nama eja nama lain juga
Quote Rogue98 2-8-2023 11:47 PM
Muka tak mesra alam...
Quote DeLuna85 2-8-2023 11:53 PM
Dagu dia letak apa tu. Ok je dia ni. Tak macam anak politician lain. Sibuk nak berkempen nak kejar nama nak jadi politician juga. Lagipun bapak dia jadi pm ketika pandemic apa je boleh buat pun.
Quote MadameOnion 3-8-2023 09:00 AM
duit berjuta juta dalam bilik bapaknya..dok rumah mengangkang..maid jaga anak..apa susah
Quote sphinx 3-8-2023 09:26 AM
Whitney72 replied at 2-8-2023 04:25 PM
Sejak Bersatu join Pas kot...haha..parti Yislamik kan..padahal ank ketagih nk nyanyi di club...mun ...

Dia bertudung lama dah...waktu dia ganti Yuna dekat AJL nyanyi lagu Lelaki few years back dia dah bertudung dah...bukan sebab politik ke apa ke.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.105717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top