Dah berlakon sejak usia empat tahun, Qistina Raisah dah lama menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi sesebuah anugerah. Katanya dia percaya rezeki masih belum memihak padanya memandangkan ramai lagi pelakon hebat lain turut menerima nasib sama sepertinya.
"Saya sangat teringin (anugerah) tapi ia bergantung pada rezeki... ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi. "Bagi saya anugerah itu ibarat itu sahaja... macam tiada apa-apa, tapi kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Qistina juga berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu. Katanya setiap pelakon masih lagi perlu belajar meskipun mereka telah menerima anugerah. "Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaankan? Siapa dah menang itu rezeki dia.
"Tak kisahlah dah menang anugerah atau belum, tapi setiap kali berlakon kita masih kena belajar lagi. "Orang yang tidak berada dalam industri ini mungkin kurang faham mengenai perkara ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Qistina berpuas hati dengan mutu lakonannnya dalam filem Rahsia memegang watak sebagai Marina. Dalam masa sama, dia berterima kasih kepada Nabila Huda kerana mempelajari banyak perkara daripada aktres berkenaan.
"Filem ini dilakonkan tiga tahun lepas ketika itu saya masih kecil lagi agak susah bagi saya untuk memahami. "Tapi atas bantuan Mummy Abil (Nabila Huda) banyak sangat tunjuk ajar yang dia berikan kepada saya. Kalau berlakon dengan dia memang saya suka," ujarnya. Rahsia merupakan sebuah filem reboot diarahkan oleh anak kepada Othman Hafsham iaitu Shamyl Othman dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 1987. Ini merupakan filem seram tempatan pertama yang direboot semula. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|