CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja OKU Rentung Atas Katil

2-8-2023 06:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1429| Komen: 3

Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) warga Indonesia rentung di atas katil dalam kebakaran sebuah rumah di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dato Seri Kamaruddin di Manjung, petang semalam.


Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat kebakaran itu pada jam 4.08 petang dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada masa kejadian.


Sebuah rumah di Kampung Dato Seri Kamaruddin, di sini, yang didiami tiga beranak warga Indonesia terlibat kebakaran petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

"Mangsa adalah OKU dan mempunyai rekod rawatan sawan di Hospital Seri Manjung yang tinggal bersama ibu dan kakaknya di rumah berkenaan. Ketika kejadian mangsa berada seorang diri di dalam rumah.

"Mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Belia berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini berhubung dengan Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau balai polis berdekatan bagi membantu dalam siasatan kes.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran rumah jam 4.11 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan rumah terbakar 90 peratus. Komander operasi mengarahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

"Pemeriksaan mendapati terdapat mayat ditemukan rentung seluruh tubuh di atas katil dalam keadaan terlantar.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan lanjut dan operasi ditamatkan jam 5.52 petang tadi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2023 07:25 AM
Anak beranak dok sini EK...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.038066 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top