CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beberapa Laluan Di Ibu Negara Ditutup Setahun Mulai Sabtu Ini

1-8-2023 10:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7184| Komen: 25

Kuala Lumpur: Beberapa laluan di ibu negara akan ditutup mulai Sabtu (5 Ogos) ini hingga 4 Ogos tahun depan bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata jalan yang akan ditutup ialah Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew.

Menurut kenyataan itu, sebagai laluan alternatif, pengguna boleh menggunakan lencongan trafik iaitu dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi atau Petaling Jaya yang akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.

Bulatan Loke Yew akan ditutup.

"Bagi trafik dari Sungai Besi atau Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan, akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew.


"Disebabkan Bulatan Loke Yew akan ditutup, trafik dari Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula dan pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal," menurut kenyataan itu.

DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan bagi trafik dari Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja.

"Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu.

"Selain itu, laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan dan laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu) dilaksanakan, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas dalam tempoh sama.

"Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan," menurut DBKL. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 1-8-2023 10:41 PM
OK noted.. not f*cking involved / affected
Quote SalenaGomez 1-8-2023 10:51 PM
Fuhhhh yang SG tahu situ area heavy traffic. Kalau di lencong kan , x tahu la nanti level apa traffik nanti
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 10:51 PM
iollz paling benci lalu sini tengok rumah2 kedai buruk tepi jalan tu sebelum masuk bawah bulatan...malu je bila tourist tengok...jalan tun Razak ni dh la jalan utama dari highway sungai besi nk ke arah KLCC
Quote SalenaGomez 1-8-2023 10:52 PM
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 10:51 PM
iollz paling benci lalu sini tengok rumah2 kedai buruk tepi jalan tu sebelum masuk bawah bulatan...m ...

Rasa gomen x mampu bayar pampasan tu…kedai2 kat kawasan tanah premium kan

Kena tunggu kalau ada pemaju yg sanggup bayar pampasan tinggi la
Quote BumpIQ 1-8-2023 11:00 PM
jalan mek yah nak ke balai polis pandan indah boleh lalu tak?

tak boleh la mek yah nak buat laporan polis palsu lagi lepasni kalau jalan tu tutup

dah la laporan polis mek yah tak laku dekat kuantan
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 11:08 PM
tambah pula flat hongkong dh nk siap
Quote hareeeesah 1-8-2023 11:26 PM
Lg la sesak.. yg kerja ulang alik cyber putrajaya ikut mex dr kl itu la jln yg cpt.
Quote kemaruk 1-8-2023 11:57 PM
kimk la

hari2 lalu bulatan loke yew nih

tak paham la.. susur ke bulatan je yang ditutup kan?

yang jalan utama dari jalan sungai besi ke jalan tun razak, dan jalan cheras ke jalan kuching tak tutup kan?
Quote chiyoasuka 2-8-2023 01:20 AM
bertabah la uolls
Quote Perawankota 2-8-2023 01:50 AM
Ok.. minggu ni aku ke Kuantan.. So, tak der lah nak lalu kawasan itu.. Tapi memang jarang pon lalu
Quote aint 2-8-2023 02:00 AM
aiyoooo... mmg sesak la setiap hari termasuk sabtu ahad sbb itu mmg laluan utama... ada lencongan pun bkn dekat2, melencong jauh...
Quote tikusmontok 2-8-2023 02:37 AM
hareeeesah replied at 1-8-2023 11:26 PM
Lg la sesak.. yg kerja ulang alik cyber putrajaya ikut mex dr kl itu la jln yg cpt.

Mex pun gila babun punya jem hari2, nama jer expressway
Quote Tinot7 2-8-2023 04:15 AM
Makin jem lerr tu nnt..
Quote LautBiru52 2-8-2023 04:53 AM
Setahun tu. Bertabah la
Quote hareeeesah 2-8-2023 08:12 AM
tikusmontok replied at 2-8-2023 02:37 AM
Mex pun gila babun punya jem hari2, nama jer expressway

Dh la 2kali byr tol pun jam kn.. hala cyber bole tahan lg, hala kl pagi mcm tu ptg lg la
Quote Kitty_catz 2-8-2023 08:57 AM
ni baru announce ke acaner? dah la katup setahun.. kut tak extend..

kalo katup 1-2 hari boleh la kasik last min notice
Quote dua_chzy 2-8-2023 09:03 AM
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 02:51 PM
iollz paling benci lalu sini tengok rumah2 kedai buruk tepi jalan tu sebelum masuk bawah bulatan...m ...

Kedai2 buruk tu la asal usul KL. Zaman sebelum Najib, kotor ja KL di mata aku (area downtown). Tapi masa tu masih tak ramai warga asing. Sekarang ni, warga asing tu salah satu elemen yang mengotorkan KL.

Quote prettyuglybabe 2-8-2023 10:31 AM
gila la.. dah la traffic padat situ..
naya pak karim...
Quote adila39 2-8-2023 10:34 AM
fobia la nak drive kl ni sbb konpius ...kdg waze ni pun bagi info sesat

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.087672 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top