CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot Penumpang Terbalik, Kanak-Kanak Dipercayai Lemas

1-8-2023 10:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5300| Komen: 3

Sandakan: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama lima lagi penumpang karam di perairan Tanjung Batu, Sandakan, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, berdasarkan laporan, mangsa iaitu Romy Azlan, tujuh tahun, bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.


PENCARIAN dilakukan terhadap Romy, tujuh tahun yang dipercayai lemas selepas bot dinaikinya terbalik. FOTO MARITIM MALAYSIA

Menurutnya, bot dinaiki enam individu termasuk mangsa tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar objek terapung menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbalik.

"Lima mangsa berjaya menyelamatkan diri namun mangsa dilaporkan hilang.

"Susulan itu Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada 4 petang tadi bagi mengesan kanak-kanak berkenaan.


"Pangkalan Hadapan CARILAMAT turut diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya,Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8dari Zon Maritim Sandakan sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

"CARILAMAT turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 2-8-2023 08:35 AM
Moga dimudahkan sgla urusan
Quote sangbara2020 2-8-2023 09:07 AM
semoga dipermudahkan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031310 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top