CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usaha Promosi LGBTQ Di Malaysia Tidak Diterima- Mohd. Na’Im

1-8-2023 09:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5101| Komen: 3

Putrajaya: Mana-mana usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fitrah insan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah tidak boleh diterima sama sekali di Malaysia.


Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai memberi reaksi kepada isu perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara oleh kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi.

Susulan itu, katanya, usaha menyekat penyebaran fahaman songsang tersebut perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bersepadu.

Mohd. Na’im Mokhtar

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


“Selaku pihak berkuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar terus berpegang teguh kepada ajaran Islam serta menjauhkan diri dari terlibat dengan apa jua ajaran dan fahaman bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.

“Kami juga merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah mengambil tindakan menyiasat kes tersebut,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan bahawa lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO pada Sabtu bagi menyokong hak golongan LQBT sudah ditahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, semua individu berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan pada hari kejadian. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 2-8-2023 12:17 AM
Makin berani golongan ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.202857 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top