CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niat ‘Healing’ Tukar Tragedi, Mierul Hazly Jatuh Dari Lereng Bukit

1-8-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8492| Komen: 29

Penyanyi Mierul Hazly yang ingin mencari ketenangan dengan berjalan seorang diri pada waktu tengah malam di Genting Highlands bertukar tragedi apabila dia terjatuh di sebuah kawasan berbukit.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Amierul Aiman Hazlyzam, 21, berkata, ketika sedang berjalan seorang diri kakinya tersadung akibat terlanggar lubang di bahu jalan sebelum terjatuh berguling sekitar 10 meter.


"Saya ke sana bersama dua orang rakan dan adik... Selepas mereka semua tidur, saya mahu berjalan seorang diri kononnya nak cari ketenangan.

"Saya berjalan mengikut laluan pejalan kaki dan agak jauh dari hotel penginapan. Tengah berjalan kaki saya terlanggar lubang sebelum jatuh berguling kira-kira 10 meter daripada tempat laluan.

"Ketika itu memang cemas sebab keadaan sekeliling sangat gelap, bateri telefon pula hampir habis ditambah pula tiada line di kawasan itu," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.


Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Mierul berkata, dalam keadaan gelap serta sunyi dia tetap kuatkan diri mencari jalan keluar bagi membolehkan dia meminta bantuan.

Dia yang mengalami kecederaan pada bahagian bibir dan tangan kiri bernasib baik apabila dalam usaha mencari jalan keluar bertemu dengan seorang polis bantuan yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.


"Memang cemas ketika itu. Tapi dalam keadaan takut dan sakit, saya kena juga cari jalan keluar. Jadi saya gagahkan diri untuk ke tempat di mana saya jatuh.

"Apabila tiba di tepi jalan, saya bertemu dengan seorang polis bantuan dan dia menghantar saya pulang semula ke hotel. Satu penglamanan yang tidak mungkin saya lupa. Niat nak healing, lain pula yang jadi," ujarnya.

Sementara itu, Mierul memberitahu dua rakan juga berusaha mencarinya apabila mereka sedar dia tidak berada dalam bilik sekitar pukul 4 pagi.

Dia tiba semula di hotel pada pukul 6 pagi selepas kira-kira 20 minit menaiki kereta polis bantuan.

"Kiranya jauh juga saya berjalan tanpa sedar. Sebab dari tempat kejadian pulang semula ke hotel pun agak jauh. Kawan-kawan memang risau dan mereka hampir buat laporan polis.

"Pengajaran buat saya supaya tidak mengulangi lagi tindakan sama. Selepas ini perlu lebih utamakan keselamatan dan elak untuk keluar bersendiri tanpa pengetahuan orang lain," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 1-8-2023 09:19 PM
Sapekah inneh?
I is confused
Quote Guess_who 1-8-2023 09:24 PM
Lagi sekoq, Allahhhh tak kenal belakawho are yusss
Quote hanihan16 1-8-2023 09:36 PM
walopun i tak kenal, tapi elakkan lah eh jalan sorang2 gelap kat tempat orang ni. heeeiiisshhh recipe of disaster namanya.
Quote Kangkung1M 1-8-2023 09:45 PM
slyfynx replied at 1-8-2023 09:19 AM
Sapekah inneh?
I is confused

Sikit2 healing, sikit2 healing, tah apa-apa.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/CvRpTNvLiYN/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote Perawankota 1-8-2023 09:49 PM
Siapa dia ni? Tapi berani eh dia jalan sorg2 kat genting tu
Quote dudaberhias 1-8-2023 10:35 PM
nauzubillah min zalik who are yussss...

rhoper dah penyek lepastu tersembam terguling lagi...
lagi lah penyek rhoper pinggan kemek nanti...

Quote dudaberhias 1-8-2023 10:36 PM
Kangkung1M replied at 1-8-2023 09:45 PM
Sikit2 healing, sikit2 healing, tah apa-apa.

khennn... apa yang healing iols pun tak tahu...
tengok lagi berpenyakit adalah...




Quote doubleA 2-8-2023 12:30 AM
Healing apo jalan sorang2 tengah2 pagi buta tu mujur la ada polis jumpa, kalau jumpa entiti naya pulak

Btw iols pun tak kenal siapa ni
Quote chilly 2-8-2023 07:18 AM
Hati tak cukup kental kalau gigih kongsi cerita tergolek dog. Laki sezaman bapak kau takat jatoh tergolek macam tu tak share even kat membe apetah lagi polis bantuan inikan lagi share kat socmed. Sakit dapat malu lagi lar dapat.
Quote sangbara2020 2-8-2023 08:01 AM
ala...jatuh gtu2 jek pun kepo...skrg nih mmg sibuk2 nak upkan diri sndri ehhh
xde lak video kamera terguling2
Quote rain2169 2-8-2023 08:21 AM
kannnn.... kita semua tak kenal dia...
Quote marchikobonzo 2-8-2023 09:38 AM
Whoareyoussssss??
Quote pembacagosip 2-8-2023 10:01 AM
sapekaaaaaaaahhhhhhh
Quote prettyuglybabe 2-8-2023 10:09 AM
jatuh tangan dengan mulut je luka..
cerita macam kaki patah tak boleh bangun nak cari jalan balik..
lemah sungguh..
Quote JunkMail 2-8-2023 10:15 AM
Budak jatuh pun nak buat berita..
Quote prince_marhaen 2-8-2023 10:20 AM
sape kau ni dik? rambut dah macam tupai mati atas kepala ni... dengan muka kepam.. apa benda kau nak healing bagai ni..kerja berat jadi kelindan lori ke yang macam susah sangat hidup kau nak healing..
Quote Nanadjo 2-8-2023 11:34 AM
Tenuk mana keluar dari hutan ni? Ya ampon entah siapa2 je la timbul hari ni
Quote telracs 2-8-2023 12:05 PM
Siapa ni?
Ingatkan cerita pasal mirul hc.
Quote sukacactus 2-8-2023 12:09 PM
Korang sakit apa yg nak healing sgt ni
Tak paham aku

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.231429 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top