CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontroversi Video Panas Dan Jelik, Zarul Imran Berhenti Belajar Di Universiti Sebab Tak Tahan Difitnah

1-8-2023 07:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10989| Komen: 58

Zarul Imran terkilan ada yang masih mengaitkan dirinya dengan video ‘panas’ individu miripnya yang tular beberapa tahun lalu.

Dek kerana fitnah tersebut dia terpaksa menamatkan pengajiannya di universiti kerana terlalu kecewa dengan kontroversi tersebut.


Foto: IG

“Sebenarnya perkara ini telah dicanangkan ketika saya masih belajar lagi. Ia telah dihebah dan dihebohkan di media sosial terutamanya.

“Waktu saya belajar dulu mungkin saya ada ramai musuh, biasalah ketika waktu itu ada yang boleh berkawan dengan saya ada juga sebaliknya.


“Saya terkilan juga lah apabila waktu terjadi ketika saya tengah belajar di Universiti. Saya terkena fitnah yang sangat kuat.

“Pandangan orang lagi, pensyarah lagi dan saya sangat kecewa ketika itu sampai saya terpaksa menamatkan pengajian ketika fitnah itu terjadi,” katanya kepada XTRA.

Tidak mahu rasa kecewa membelenggu, Zarul bangkit semula demi mengejar impian dan cita-citanya untuk bergelar seorang anak seni.


“Saya tahu ini bukan pengakhirannya, walaupun orang fitnah saya, saya mampu bangkit semula dan kumpul semangat saya untuk buktikan pada semua untuk berjaya dalam industri

“Saya mahu kecapi impian saya, ia cita-cita saya sejak saya kecil lagi. Walaupun saya berhenti belajar dan kembali ke industri, saya bermula dari bawah seperti pelakon tambahan.

“Alhamduillah, dengan rezeki Allah, saya buat yang baik sahaja, berjuang sahaja. Allah bagi juga rezeki, memang ramai yang bercakap mengenai kontroversi lama, itu tak betul, fitnah,” jelasnya.


Biarpun firnah itu memberi impak yang besar kepada nama dan kerjayanya, Zarul bersyukur mempunyai keluarga yang sangat membantu dan sentiasa memberi semangat kepadanya.

“Keluarga banyak bantu dan sokong saya, saya sangat gembira bila dapat keluarga yang sangat membantu terutama ibu saya.

“Bila fitnah itu terjadi, bukan orang biasa sahaja yang tahu tapi termasuklah keluarga juga. Mereka adalah insan yang paling menyokong saya bila perkara itu terjadi.


“Mereka beri semangat agar saya tak putus asa, saya ikut cakap ibu saya untuk terus berjuang walau apa pun yang jadi,” katanya.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila tular semula video panas yang memaparkan aksi jelik yang dikatakan mirip Zarul di laman Twitter. Namun, Zarul menafikan perkara tersebut.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 1-8-2023 08:16 PM
Dia pelakon ke? Tk pernah tgk pun..
Quote I.K.A888990 1-8-2023 08:24 PM
pebenda videonya
Quote dudaberhias 1-8-2023 08:32 PM
who is yuhhhhhhhhhhh.... bila google pun tak kenal ko sape nyahhhh...

video apa yang panas tu? tiba2 keluar2 je bagitahu kena fitnah... masalahnyaaa ko sape nyahhh untuk orang pitenah...

Quote sukacactus 1-8-2023 08:34 PM
Kalau xbaca sini, aku pun xtau kes apa
Dan...kamu siapa? Kamu siapa?
Quote anilanil 1-8-2023 08:38 PM
Ape bideo panasnyer. Ko jual pisang goreng cheese ke? Yeke pernah viral, apesal forumer taktau pon. Ntah2 leaked dlm wasap grup taman ko je la, tak masuk news pon.
Quote Pak.dolla 1-8-2023 08:39 PM
kau ni siapa? kau tinggal kat sini ke?
Quote Lagubestbest 1-8-2023 08:42 PM
fitnahke..
Quote doubleharmonic 1-8-2023 08:47 PM
ko merepek apa ni babi? sendiri buat video bukan ujian terlalu kuat lah tapi iman terlalu lemah bagai hujung2 ko sendiri tak boleh tahan ujian kena difitnah sampai berhenti belajar dah kenapa babi?
Quote da_lynn 1-8-2023 08:51 PM
Alaaaaa tak hensem.
So nexttt
Quote cakarputih 1-8-2023 08:53 PM
okay nah sekarang mana talian video itu, kongsikan dekat sini
Quote slyfynx 1-8-2023 09:21 PM
Video tumbuk sambal kan?
Rasenye igt.
Tp smpi skrg aku mcm, ko ialah retis ke?
Quote Guess_who 1-8-2023 09:24 PM
Allahhhhhh sape nihhhh
Quote hareeeesah 1-8-2023 09:45 PM
Gf ke bf sapa ni?
Quote kotakbaju 1-8-2023 09:55 PM
Ingatkan aku sorang baru keluar gua pasai tak kenai
Quote codenamedream 1-8-2023 09:58 PM
Meols berharap thread gossip dipenuhi retis dan bukan bini, madu atau Adik beradik retis..

Tapi meols harini diberikan retis retis yg who are yuss sahaja.
Zarul Imran yang x habis belajar dan Mierul yg jatuh tergolek diGenting....
Quote Perawankota 1-8-2023 10:00 PM
Aku layan budak hostel otak ya sewel.. Mamat ni jadik Borhan. Geram aku tgk gigi dia bersimpang siur , rasa mcm pakaikan braces je kat dia..
Quote Joysparta 1-8-2023 10:33 PM
Siapakah ?

Quote Carcosa 2-8-2023 12:27 AM
Kutu beras mana pulak ni?
Quote doubleA 2-8-2023 01:15 AM
Kelako komen porumer [em:4:]

Dia ni iols pernah tengok berlakon jadi zizan dalam cte apa entah lupa, org kopok losong ke? Tapi heols ni kalau jadi hero lambert lagi sebab tak berapa tinggi. Taktau pulak nama asal dia, zarul rupanya

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066690 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top