CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Menumpang, Kami Masing-Masing Kerja," Ubai Dah Siapkan Mental Kena Cerca Tentang Kewangan Selepas Kahwin Shila Amzah

1-8-2023 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6817| Komen: 27

Ubai Mz, 25, sudah bersedia dengan mental yang kuat untuk menghadapi apa saja dakwaan yang timbul selepas bergelar suami kepada Shila Amzah, 33.

Katanya dia tidak boleh menutup mulut orang untuk berhenti bercakap apa saja yang mereka mahu.


Foto: IG

"Apa yang saya tahu, saya mengahwini Nurshahila. Saya tak kahwin dengan Shila Amzah. Bagi saya, Shila Amzah adalah orang lain, orang yang berbeza.

"Jadi, dari segi orang cakap kewangan ke apa, yang itu (pendapatan) memang saya pun ada kerja saya. Sha (Shila) dengan kerja dia. Kami dua-dua bekerja.

"Bukannya, saya hanya macam menumpang dia ke, tak ada pun. Saya tak ada nak tumpang ke apa, kami memang sama-sama. Untuk persiapan perkahwinan ini pun, kami bekerjasama buat semuanya.



"Banyak persepsi orang bila kahwin dengan selebriti, lagi-lagi bila kita pula tak dikenali seperti mana pasangan, jadi banyaklah kata-kata yang kurang enak. Tapi, benda-benda itu saya tak endahkan. Sebabnya, dalam perhubungan ini, saya dan Sha. Kami pun memang tiada apa-apa masalah," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ubai dan Shila selamat mengikat pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan masing-masing.


Pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 5 Ogos ini di Ampang, meskipun Ubai baru kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal, 52, pada petang Ahad lalu akibat penyakit kanser ovari.

Ubai dan Shila mula menjalin hubungan rapat sejak tahun lalu. Namun, mereka mengaku bercinta pada Februari lalu menerusi penjelasan dibuat dalam sesi siaran langsung di TikTok.


Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 1-8-2023 07:12 PM
Acik2 porem ni la yang susah hati sangat si Ubai takde duit nak sara Silah Amzah.
Quote Orenn1 1-8-2023 07:22 PM
Kesian gak kat ubai ni mak dia meninggal lagi berapa hari nak kawin. Dah le sebelum asyik kena kutuk psl rupa itu ini bagaii, bertabahlah ubaii, donia ini sgtt kejamm
Quote Piramida 1-8-2023 07:23 PM
OK je. Ada lah tu duit dia sendiri dah dia pun kata dia kerja dan mampu tanggung.
Janji bahagia.

Tengok ajalah berapa lama tahan nanti.
Duit pun penting nak bina keluarga bahagia.
Quote Ayda89 1-8-2023 08:19 PM
Bukan bakal bini hang ke yg kepochi bgtau pendapatan hang takkan setara dgn dia jadi dia redho je tiberr netizen pulak yg kena hahaha
Quote Rogue98 1-8-2023 08:25 PM
Xyah overthinking lah ubai oiii....kahwin jer lah dgn shila tu hah...hashtag Shibai perlu di kekal kan.
Quote dudaberhias 1-8-2023 10:56 PM
alah biar lah theyols happy2 hidup bahagia... sebelum ni pun si xila tanggung bewok jugak... asalkan berlaki dan boleh melambung sampai ke syiling kekdahnyaa...

Quote Carcosa 2-8-2023 12:18 AM
Oklah tuuu. Walaupun Shila tu kaya, tp pe'el, badan, family problem, umur dia, ada anak plk lagi,  semua tu kau kena hadap, kan? Means, ada lah jgk kau jadi upper hand. Yelah, kalau bukan kau, sapooo lagi nak kat si gundu tu? Dahla fashion hauk, muka badan dah mcm Kak Ecah pre-potong usus, kuat merempan plk tu, mak bapak caca marba, adik beradik hauk perangai memasing - sorang hanjing tak bayar nafkah, sorang batak perhatian memekakkkk je dkt social media, muka dah la lower than basic
Quote Lampuled 2-8-2023 03:31 AM
Ada keje tetap ok lah. Walaupun gaji biasa2 still la ok sbb stable. kalau yg jenis keje tak tetap, keje by project tu bahaya jugak lah.
Quote bankerpencen 2-8-2023 06:53 AM
Sebenarnya takyah risau pasal kitorang (netizen). Selalunya yang cerita dkt public semua benda ni pun orang yang terdekat dgn kau… pasal ex laki dia pun dia yang cerita, pasal duit korang tak setara pun dia juga.
Quote makcun14 2-8-2023 07:34 AM
Ayda89 replied at 1-8-2023 08:19 PM
Bukan bakal bini hang ke yg kepochi bgtau pendapatan hang takkan setara dgn dia jadi dia redho je ti ...

tu la pasal.shilalat yang bukak cerita, hahahah
Quote makcun14 2-8-2023 07:35 AM
Rogue98 replied at 1-8-2023 08:25 PM
Xyah overthinking lah ubai oiii....kahwin jer lah dgn shila tu hah...hashtag Shibai perlu di kekal k ...

Shibai tu yang legend.
Quote matjerk 2-8-2023 07:44 AM
"Saya tak ada nak tumpang ke apa, kami memang sama-sama"

Hati2 dengan lelaki yg berkata2 begini.  Esok2 kahwin, dia expect semua bills kena tong tong, walaupun pada ketika dia telah mampu menanggung segala-galanya.

Dan mostly lelaki begini, usaha mencari nafkah tidak 100% berusaha.. kerana dia tahu telah ada isteri yg sama2 menanggung.  Klu konsep tong tong, baik ko cari housemate jer. Bukan soulmate. Ko sewa rumah dgn kawan2. Semua kena tong tong kan. Bills, rent, pantry stocks.

Esok klu ada anak, akan muncul lah arguements, "sy dah byr rumah, so schools related, u yg bayar, tak kan semua duit saya"  trust me!
Quote sangbara2020 2-8-2023 07:52 AM
bnde ni berputar jek psl silalat nih..
lantakkan le...xde retis lain ke kita nak gusipkan
bosan iolls gusip dia nih..
sok dh menikah sebok tunjuk2 waktu subur lak..adoiii
Quote rospinki 2-8-2023 07:55 AM
acik2 porem yg duk bawah tempurong byk tgk drama korea seharusnya kawen laki tu emsem dan kaya. yihhhhh kuat berangan tapi malaas
Quote MatDeghem 2-8-2023 08:00 AM
Buat bodoh je lah bai....yg penting shila yg tergila gilakan Kau. You tak scam shila atau family. Macam kata anak buah jiran mak mentua BG mat yg baru tiga taun.....Kejujuran
dan ikhlas yg penting.
Betul kan
Quote cm_vungtau 2-8-2023 08:05 AM
Takdenya acik forum nak kesahkan duit ko Ubai oi. Masalahnya bakal bini ko yang bukak cerita. Dia jugak yang kutuk laki lama Ubai oi.
Quote rosedemon 2-8-2023 09:49 AM
diamla bai ko tu dah la xensem. tepi sikit
Quote VespaSilbe 2-8-2023 09:54 AM
Ko berkejaya khuenz.. kisah pulak mulut org.. patut kisah mulut bakal isteri tu ha.. ke pasni nak jadi house hasben.. xilalat cam spesis tak leh berenggang
Quote chinta89 2-8-2023 01:05 PM
matjerk replied at 2-8-2023 07:44 AM
"Saya tak ada nak tumpang ke apa, kami memang sama-sama"

Hati2 dengan lelaki yg berkata2 begini.  E ...

ye aku pun rasa mcm tu.

lagipun yg kepochi psl kewangan ni mcm shilalat kan mcm kes ex laki dlu, bukan nitijen hamjad yg busy sgt kemampuan nk tanggung isteri etc.

statement u mmg ada btl nya kdg lelaki ni dia dh tau ada tempat bertaut so dia tetap akan bertahan di dahan tu. entah la shila ni nape x cari yg lbh stabil, kang jd isu soal duit lps kawin baru tau pisang berbuah dua kali..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.079936 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top