Shikin Maembong mengimbau kenangan manis bersama suaminya, Cat Farish yang secara terbuka mahu mengoratnya ketika awal perkenalan mereka di sebuah acara terletak di ibu kota. Di TikTok, Shikin berkata pada ketika itu Cat meluahkan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih dekat namun adiknya, Ahmad Bakti Maembong memberi soalan cepumas kepadanya.
Ahmad bertanya kepada Cat sama ada dia sanggup untuk menerima kakaknya itu yang mempunyai seorang anak serta bertanggungjawab menjaganya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). “Masa Abang Cat Farish nak kenal saya dekat event Starvendors Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bulan puasa lepas, adik saya Ahmad Bakti Maembong ada cakap, ‘abang, kalau nak mengorat kakak saya kena Buy 1 Free 2 sebab kakak saya ada anak seorang dan jaga saya sekali. “Ingatkan Abang Cat tak jadi mengorat masa tu.. Alhamdulillah, kami dah berkahwin dan Abang Cat tolong saya jaga Amad sekali sampai sekarang. Kami tinggal satu rumah, Terima kasih Abi,” tulisnya.
Sekadar info, Ahmad berdepan masalah polio (poliomyelitis) akibat jangkitan virus polio sehingga merosakkan sistem saraf pusat. Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Cat Farish dan isterinya seorang pasangan bagus kerana tidak mengabaikan bertanggungjawab menjaga adiknya yang sakit. Shikin dan Cat Farish selamat mendirikan rumah tangga pada 13 Julai lalu selepas tiga bulan menyulam cinta. -CARI Sumber: XTRA
|
kiwibenz replied at 1-8-2023 10:51 PM
Kesian adik dia tu. Mana dapat virus tu?
rosedemon replied at 2-8-2023 09:49 AM
ahmad ni kalau elok mau keliling pompuan dtg
ADVERTISEMENT