Datin Anne Ngasri gagal menahan sebak hingga tumpah air mata sejak abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.
Sebagai adik, Anne atau Naszriah Ngasri, 39, dapat merasai penghargaan rakyat negara ini terhadap karier Bell sejak 37 tahun lalu. "Sejak Bell menang, saya pergi mana-mana orang selalu laung Yak Yak Yeay. "Saya rasa orang sangat hargai kerjaya dia, itu pun sudah cukup buat saya dan keluarga untuk rasa gembira buat Bell, Alhamdulillah," katanya kepada mStar. Menyifatkan Bell atau Nasrizal Ngasri, 43, seorang yang kuat bekerja, Anne berkata dia berharap abang kesayangannya itu akan terus berkarya selain membanggakan nama keluarga mereka dalam industri seni tanah air.
Dalam pada itu, Anne berharap kisah abangnya menjadi inspirasi kepada pelapis baharu supaya tidak mudah berputus asa. Sumber: mStar
|
Carcosa replied at 2-8-2023 12:33 AM
Anne ni, kulit dia bersih betul ek? In fact, adik beradik dia semua lah, si Darling tu, bini Bell, ...
ADVERTISEMENT