CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 14 Tahun Tak Jumpa! Oddah Anak Sharifah Shahirah Disatukan Dengan Ibu Angkatnya, Siti Nurhaliza

1-8-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6633| Komen: 19

Sharifah Shahira berkongsi video memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza bertemu dengan anaknya, Audrra.

Audrra atau lebih mesra disapa Oddah merupakan anak angkat kepada Siti Nurhaliza ketika usianya dua tahun.


Imbas kembali, ketika majlis cukur jambul Oddah anak pasangan Shiera dan Ijoy satu ketika dahulu, Siti Nurhaliza meluahkan hasratnya mahu menjadi ibu angkat kepada Oddah.



Sheira dan Ijoy bersetuju dan Oddah berada di bawah jagaan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid buat sementara waktu.

Menerusi video tersebut, Oddah seakan gelisah dan tidak senang duduk apabila mahu berjumpa ibu angkatnya itu, Siti Nurhaliza.



“Nak jumpa Mummy Siti patutnya pakai tudung. Duduk diam. Mummy pun entah tengok Oddah menyesal kata dah besar kenapa jadi macam ni?

“Mummy Siti pun buat tak peduli pun kamu,” kata Shiera sambil membebel mengenai pakaian anaknya itu.

“Takut lah,” kata Oddah.

Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika bertemu Oddah berkata lama tidak berjumpa anak angkatnya itu.

“Hai Oddah, Masya-Allah, anak angkat lama tak jumpa. Tak baikkan mak angkat macam ni.

“Selalu tengok dia pakai kartun-kartun Anime,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Shiera meluahkan rasa teruja apabila anaknya itu bertemu dengan Siti Nurhaliza.

“Yeay, dah 14 tahun dah Oddah cepat masa berjalan lagi 10 tahun panjang umur 24 pula. Dapat jumpa Mummy Siti,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Oddah yang dikatakan bersahaja (sempoi). -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 1-8-2023 06:03 PM
Last abp yg best.. best kakengku n shira jd host….
Quote Heydidle 1-8-2023 09:52 PM
14 tahun? Rumah dekat2 je
Quote I.K.A888990 1-8-2023 10:12 PM
comel si odah ni...tak suka emaknya tapi suka semua anak2 dia haha sempoi je tgk
Quote dudaberhias 1-8-2023 10:34 PM
anak2 sheolss ikut sape yach... hidung jambu batu rnr senawang gittuh...
padahal tengok balik dedua parents hidung mancung...

takpelah boleh tiruskan pelepah hidung dekat hatyai nanti kalau rasa nak tambahkan keyakinan diri gittuhh...

Quote Carcosa 2-8-2023 12:45 AM
Yelah, dulu, lalu lah si Siti nak melayan, nak mengulit engko. Time tu dia takde anak sendiri. Gegeh lah nak ber Godmother2 bagai. Yihhhhhhhhhh.
Skrg dia dah ada anak sendiri, 2 plk lagi, koserrrrrr dia nak layan ko dek. Lu sapa? Lu sapa? Lu sapa? Bak kata Dibah AA.
Godmother2 kat Malaya nih, usahla ko nak berharap menempel menumpang senang kalau ko ada masalah di masa hadapan. Semua buat bodo je, buat2 tak ingat. Bahhahaha.
Kalau kat US lainlah. Godmother kalau dalam Will (wasiat) dah tertulis kau kena jaga kalau mak bapak diorang mampos, kau legally kena jaga.
Quote doubleA 2-8-2023 12:52 AM
Lamanya 14 tahun tak jumpa padahal dok malaysia je sampai hati tokti tak jemput odah ke open house raya ke kenduri kendara rumah
Quote Heydidle 2-8-2023 02:44 AM
doubleA replied at 2-8-2023 12:52 AM
Lamanya 14 tahun tak jumpa padahal dok malaysia je  sampai hati tokti tak jemput odah ke open h ...

Hahaha kan.. yg sebenarnya dia dah lama whoryus kan si oddah ni
Quote bottombikini 2-8-2023 07:29 AM
mcm tak betul je petik angka 14 taun
padahal dok KL je pun
bukan timbuktu
Quote chocobozhere 2-8-2023 07:31 AM
Mak angkat tapi 14 tahun tak jumpa..duduk negeri lain lain ke?
Quote naina 2-8-2023 07:37 AM
Halah2..masa dia cakap mak angkat dulu2 tu gurau2 jela..sampai skng gurau melekat. Bukan mak angkat betol2 pun macam kena jaga kena jumpa selalu..Sheira saja buat bahan atas stage
Quote sangbara2020 2-8-2023 07:58 AM
alamak....mak angkat apa la kalau gtu..entah2 siti pun xingat..hahaha...
Quote rosedemon 2-8-2023 09:48 AM
comeyyy odahhhhhhhhhh
Quote prince_marhaen 2-8-2023 10:41 AM
yang mak angkat anak angkat tu shiera melawak je drpd si odah ni baby sebab masa tu kan tokti belum ada baby lagi... pastu melekat la title si odah ni anak angkat tokti......bukanlah anak angkat yang kau adopt betul2 pun..kena bagi makan pakai sekolah bagai... mak pak si odah pun orang kaya...atok nenek dia kaya kan...apoo nak kisah..
Quote supernaturalee 2-8-2023 03:03 PM
nama betul kemain
alih2 pgl odah??????


Quote heythere123 2-8-2023 09:36 PM
lah lain sangat nama betul si Oddah ni. Ingatkan nama betulnya Saodah
Quote Nham22 2-8-2023 09:52 PM
Patutpon 14t.x jumpe... Bukan mak angkat betolpon... Sedeyyyyyy
Quote winky1 2-8-2023 09:54 PM
ada wasiatkan harta atau hibbah ke
Quote immaryjane 2-8-2023 11:30 PM
September14 replied at 1-8-2023 06:03 PM
Last abp yg best.. best kakengku n shira jd host….

Ulang2 part tu best sgt. Spontan tp tk annoying.
Quote asimilasi 3-8-2023 10:50 AM
buat manis mulut jer sebut2 mak angkat.... satu lagi.. perkataan adik akak.. bila nak duet or minta lagu dari komposer or penyanyi muda... tokti auto akan guna adik akak... lps retis tu tenggelam.. tokti akan hi hi bye bye jer bila jumpa...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.208943 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top