Baddrol Bakhtiar yang beralih bidang dari dunia bola sepak ke pentas politik kini bakal bertanding bagi kerusi Gurun sebagai calon Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Anak jati Sungai Petani, Kedah itu bagaimanapun disifatkan belum cukup berpengalaman, malah dikecam hebat gara-gara masih belum mendedahkan mengenai menifestonya pada kempen PRN kali ini. Bukan itu sahaja, ceramah disampaikan bekas pemain tengah pasukan Kedah itu ketika berkempen juga menjadi pertikaian ramai.
Pun begitu, penyanyi rap yang kini bergelar ahli politik, Altimet menerusi ciapan di Twitter meminta semua pihak memberi ruang untuk Baddrol memperkemaskan kebolehan pengucapan awamnya memandangkan dia baru sahaja menceburi bidang politik. “Tenang. Ukhwah saya dan Badrol duduk lebih tinggi dari retorik politik. Semoga terus cekal dan istiqomah, bro Badrul,” ujarnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT