CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Letak Dalam Beg Plastik Hitam Je, Trofi Bell Ngasri Kemek Terus Lepas Terjatuh "Ramai Tawarkan Nak Baiki,Takut Nak Hantar Nanti Hilang Trofi Saya" ...

1-8-2023 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3106| Komen: 9

Bell Ngasri dedah trofi Bintang Paling Popular, ABPBH 35 yang dimenanginya baru-baru ini telah terjatuh sehingga menyebabkan ada kesan kemek dan calar.

Menurut Bell, ketika kejadian dia dalam keadaan kelam kabut kerana sudah terlewat untuk menghadiri sesi temubual bersama radio Hot FM.


Foto: Ohbulan

Ketika mahu mengangkat panggilan telefon daripada pihak radio, trofi yang dipegang secara tiba-tiba terlepas dari genggaman lantas terjatuh di atas jalan raya.

"Ketika kejadian sebenarnya saya dah lewat untuk ke konti Hot FM dalam jam 7.30 pagi. Saya ke sana naik motor, saya menggelupur lah sebab dah lambat.


"Pihak Hot FM dah telefon banyak kali, dalam waktu nak angkat telefon sambil pegang trofi, dalam masa itu la terjatuh.

"Jatuh pula atas jalan raya, maka tercalar dan terkemek la trofi tu. Hati saya pun terguris sekali ketika itu,"katanya seperti dipetik di OhBulan.

Dalam pada itu, Bell mengakui silap apabila tidak meletakkan trofi tersebut di dalam bekas khas.

Tambah Bell lagi, susulan insiden itu, dia turut menerima banyak tawaran daripada beberapa pihak yang sudi untuk membantu membaiki trofi berkenaan.

"Sebenarnya ini pengalaman pertama menang, saya tahu kalau pemenang sebelum ini akan letak trofi mereka dalam box atau tempat khas, kotak pun saya ada sebenarnya.

"Tapi saya ni pergi letak dalam plastik hitam. Plastik itu tak boleh tahan, nipis. Tapi kan lepas kejadian itu, ramai yang tawarkan untuk baiki.

"Tapi saya tak sempat lagi hantar. Takut sebenarnya nak hantar kang hilang trofi saya."

Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Instana Budaya pada 21 Jun lalu menyaksikan Bell diisytihar sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35. Selain memenangi kategori utama, Bell turut merangkul trofi Artis Komedi Popular. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 1-8-2023 03:32 PM
sempoi dia naik motor angkut trofi pergi stesen radio. mesti nak elak jem ni.
Quote Perawankota 1-8-2023 03:52 PM
Penat aku tgk dia ni hari2 ada jer event kena attend Lepas menang abpp
Quote jejaka_hensem 1-8-2023 03:53 PM
Tak habis2 lagi ke pasal dia ni?
Quote mizruncing 1-8-2023 03:57 PM
takpe bell buat kenangan.. kesian dia lepas menang ABP baru semua berebut nak kan dia. klu tak sendu je korang layan dia. gigih menjilat BBNU
Quote sangbara2020 1-8-2023 04:43 PM
tema dia plastik hitam geng yak yak yeaw
Quote babynina30 1-8-2023 11:25 PM
Salah date bkn 21 June
Quote annadonna 2-8-2023 01:11 AM
Okay sudah sudahlah tu ya... Nexttt
Quote caramel_cloud9 2-8-2023 01:16 AM
Sangkak sgt ke sampai takde recycle beg at least utk letak trofi tu. Benda tu berat yg g letak dlm beg olastik je kenapa
Quote rosedemon 2-8-2023 09:46 AM
dah la psal bell ni sagkak betol

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.036175 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top