Kejayaan pelakon baharu Amir Ahnaf melakonkan watak Kahar menerusi rantaian High Council pantas membuatkan penggemar karya tempatan menyedari kewujudannya dalam industri seni tanah air. Dalam perkembangan baharu, Amir buat pertama kali berlakon bersama produksi dan pelakon luar (Indonesia) memberikan pengalaman sangat berharga buat dirinya.
“Siapa sangka daripada High Council membawa saya berlakon dengan orang atau produksi luar. "Saya tidak sabar untuk berkongsi lebih lanjut tentang The Parcel, namun buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk bercerita tentang watak saya dalam naskhah ini. “Apa yang pasti, filem ini akan membuka lebih peluang buat pelakon seperti saya terus melebarkan sayap dan terus memberi yang terbaik buat para penyokong dan peminat di luar sana,” kata pemenang BBNU Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) itu.
Sementara itu, Eksekutif produser 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil mempunyai alasan tersendiri mengenai pemilihan pelakon bagi membintangi filem seram tersebut. “Pemilihan dilakukan berdasarkan ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya. Selain Amir, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan dan Nora Danish. Sumber: HibGlam
|
anilanil replied at 1-8-2023 02:53 PM
Good luck. Btw nape setannya dipos dlm parcel?
ADVERTISEMENT