CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ella Buat Kejutan Konsert Di Penang, Tiket Harga Rahmah Tapi Akan Berbeza 50 Peratus Berbanding Konsert Di KL

1-8-2023 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3607| Komen: 22

Ella membuat kejutan kepada peminat selepas mengumumkan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, 28 Oktober depan.

Tiket yang ditawarkan mampu milik iaitu bermula dari RM78 hingga RM258 dan akan mula dijual bermula pukul 12 tengah hari, esok di www.hitmanlive.com.


Foto: IG

Ella berkata, harga tiket tersebut merupakan usahanya meraikan semuat peminat khususnya yang berada di utara dan tidak berpeluang menghadiri konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil, Jun lalu.

“Konsert ini memang untuk peminat di utara seperti dari Kedah, Perlis dan Perak. Sempena 35 tahun Ella berada dalam industri, ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong karier Ella selama ini.

“Daripada segi pemilihan lagu, akan ada 50 peratus perbezaan berbanding konsert di KL,” katanya kepada Utusan.



Masih mengekalkan tema Rock Glam, konsert yang dijangka berlangsung dua jam setengah itu akan menyajikan 25 hingga 30 lagu hits Ella serta penampilan artis jemputan.

Gubahan dan susunan muzik konsert itu dikendalikan oleh pengarah muzik, Datuk Acis yang turut dilatari sembilan pemuzik profesional.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, idea penganjuran konsert di Pulau Pinang itu sebenarnya sudah tercetus sebelum konsert di Kuala Lumpur (KL).



Jelasnya, pihaknya sudah merancang untuk mengadakan konsert jelajah ke negeri-negeri lain selepas kejayaan konsert di KL.

“Sudah tentu ada kelainan untuk konsert kali ini iaitu daripada aspek lokasi dan tawaran harga tiket. Kapisiti juga lebih besar berbanding Axiata Arena yang boleh menampung 12,500 pengunjung dengan konsep pentas 360 darjah yang berada di bahagian tengah.


“Tiket pula memang harga rahmah sebab kita bukan hendak buat keuntungan semata-mata, sebaliknya meraikan semua lapisan peminat. Kami akan berusaha memberikan kepuasan maksimum buat penggemar rock di utara dan nantikan pengumuman seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, penjualan tiket konsert Ella di KL berjaya mencipta sejarah Malaysia Book of Record kerana terjual dalam tempoh 24 jam sahaja. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-8-2023 04:21 PM
Mesti sold out cepatjugak Tiket nanti
Quote doubleA 1-8-2023 04:26 PM
Wowieee dekat je dgn rumah iols, nak pegi ke tak nak beli ke tak nak ke tak
Quote babelina 1-8-2023 04:42 PM
this time i ols nk pegi ngn kwn ofc.. hehehe..
Quote September14 1-8-2023 04:45 PM
Skg klu konsert penynyi top mcmni separuh hari dah hbis

Mcm afgan baru je bukak tetiba dah hbis tiket… bnyk2 pnynyi afgan yg betul2 aku nk tgk live
Quote alesandra 1-8-2023 05:55 PM
doubleA replied at 1-8-2023 04:26 PM
Wowieee dekat je dgn rumah iols, nak pegi ke tak nak beli ke tak nak ke tak

Bayan lps dgn bandar perda tu jauh tak uols?
Quote piahsemah 1-8-2023 06:13 PM
alesandra replied at 1-8-2023 05:55 PM
Bayan lps dgn bandar perda tu jauh tak uols?

Jauh la juga..bandar perda belah tanah seberang nk ke byn.lps kena naik.jambatan
Dlm 30-45, minit kalau tak jem
Quote doubleharmonic 1-8-2023 06:14 PM
September14 replied at 1-8-2023 04:45 PM
Skg klu konsert penynyi top mcmni separuh hari dah hbis

Mcm afgan baru je bukak tetiba dah hbis tik ...

nek ani scammer punya tiket konsert jah yang tak habis sebab tak laku takde orang beli kohkohkohhhh
Quote dudaberhias 1-8-2023 06:16 PM
confirm sold out... berbaloi yach dari pergi konsert ena abedul yang di mana 80% adalah baju dan persembahan hanya 10%... lagi 10% balance adalah berborak dengan nyah2 dan peponen yang kena sumpah jadi beruk...

Quote alesandra 1-8-2023 06:39 PM
piahsemah replied at 1-8-2023 06:13 PM
Jauh la juga..bandar perda belah tanah seberang nk ke byn.lps kena naik.jambatan
Dlm 30-45, minit  ...

Alamak lecehnya...
Quote princessmiang 1-8-2023 06:40 PM
Chuolssss tolong lahhh pergi..berbaloi2…terlalu best compared to penyanyi bernombor pn kalah apatah lagi enabedul mahupun nek. Ani scammer
Quote nadie90 1-8-2023 07:45 PM
Nak berebut beli tiket esok wlpun ceq bukan peminat tegar Ella
Quote SpyLeman 1-8-2023 08:17 PM
Habis duit kutu iols bln ni. Tadi rembat tiket Tok Jamal. Esok tiket Kakak Ratu Rock. Lusa makan tisu cicah air kosong mcm tok gelang. Koh koh koh kih kih kih
Quote doubleA 1-8-2023 09:47 PM
alesandra replied at 1-8-2023 05:55 PM
Bayan lps dgn bandar perda tu jauh tak uols?

Perda kt bukit mertajam mainland, spice arena ni kt daerah bayan lepas(pulau), bukan dekat airport tapi sg.ara. Memang kena cross bridge, naik first bridge dekat sikit, mcm porumer atas kata dlm 30-45 minit kalau tak jem. Uols boleh je dtg awal ke area pulau tu, pergi makan mana2 dulu ke then p konsert. Ataupun duduk je hotel amari sebelah spice tu, jalan kaki je ke konsert

Selain slam dan tokti, iols rela bayar utk dgr ella live. Tapi mesti berebut gak
Quote alesandra 2-8-2023 04:14 AM
doubleA replied at 1-8-2023 09:47 PM
Perda kt bukit mertajam mainland, spice arena ni kt daerah bayan lepas(pulau), bukan dekat airport ...

Owh abg iols dok kt perda .ingatkan kalo pegi suruh je anak sedara hantarkan.ntah nak ke tidak budak bertuah tu. thanx uols mentioned nama hotel bagai.ingatkan bayan lps dekat airport.
Quote rosedemon 2-8-2023 09:46 AM
watevahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote doubleA 3-8-2023 02:38 AM
alesandra replied at 2-8-2023 04:14 AM
Owh abg iols dok kt perda .ingatkan kalo pegi suruh je anak sedara hantarkan.ntah nak ke tidak bud ...

Ada satu lagi hotel depan spice boleh lintas jalan je nama olive tree hotel. Kalau ada event kt spice selalu full house la olive tree ni. Iols dah beli tiket uols bila lagi? iols tengok tengahri tadi tiket vip ke platinum entah zone dekat entrance tu dah sold fully
Quote hyie 3-8-2023 04:36 AM
doubleA replied at 1-8-2023 09:47 PM
Perda kt bukit mertajam mainland, spice arena ni kt daerah bayan lepas(pulau), bukan dekat airport ...

adakah chuols karatz slam dan tokti di era perchentaan lagi? yihhhhhhh sangat meols teringat sorang porumer peminat ella namun dah tak join porum sebab ada isu apa entah dulu tu, lupa nick heshe apa, mesti heshe pegi konser nek ella kat kl haritu kan. Meols tengah fikir nak beli ke idok tiket ni dah alang2 buat kat penang kan, nak merasa gak la suasana konsert kat peneng ni choi sangat ala2 dalam dilema gitohhh
Quote doubleA 3-8-2023 10:34 AM
Edited by doubleA at 3-8-2023 01:26 PM
hyie replied at 3-8-2023 04:36 AM
adakah chuols karatz slam dan tokti di era perchentaan lagi? yihhhhhhh sangat  meols teringat ...


Tak, iols karatz slam masa kecik tapi bukan tokti dah tua baru minat tokti nyanyi live walaupun suara sheols dah berevolusi

Pergi jela dilema apa lagi, dah save cost takyah travel dan hotel kt penang tu, moh le sing along lagu nek ella kelam malam sepi melamar kerinduan Tak terbatas ingatanku terhadapmu Dan pada siapa harus ku adukan?
Resah ini kian menghimpit perasaan…

Quote mamichik 3-8-2023 10:38 AM

tak jauh sgt uolls..

iolls duduk kepala batas.. pergi arena spice nak cucuk vaksin covid aritu.. tak jem dlm 30min jaa..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.112722 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top