CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pesaing Terdekat Bell Ngasri, Anna Jobling & Khai Bahar Tewas Dengan Lebih 12 Juta Undi

1-8-2023 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4160| Komen: 25

Pelawak dan pelakon, Bell Ngasri berjaya memperoleh sebanyak 12,654,855 undi menerusi kategori Artis Komedi Popular sekali gus melayakkannya diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35), baru-baru ini.



IG

Pengarah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir menyifatkan penyertaan Bell Ngasri pada edisi kali ini mencetus fenomena luar biasa.

Pelawak dan pelakon terbabit memperoleh 12,654,855 undi menerusi kategori Artis Komedi Popular sekali gus mengangkat dirinya sebagai Bintang Paling Popular pada anugerah berprestij itu.

"ABP kali ini sangat berbeza kerana kemunculan Bell yang berjaya mencipta fenomena. Vibesnya sangat berbeza pada kali ini. Kehadiran Bell turut menjadi salah satu faktor kelainan bagi edisi kali ini.

"Saya ingin umumkan jumlah undian bagi Bell adalah 12,654,855 undi bagi kategori Artis Komedi Popular, sekali gus melayakkan menang anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35," katanya dipetik dari OH Bulan.



IG

Tambahnya, makanisme undian tahun ini berbeza berbanding edisi terdahulu di mana peminat hanya boleh melakukan undian sama ada secara percuma atau melalui langganan BH digital.

"Jika sebelum ini, boleh melakukan gandaan undian dengan membeli barangan esklusif daripada penaja, jadi tahun ini tiada. Apa yang saya ingin tegaskan di sini, undian yang diperoleh Bell adalah ikhlas dan tulen," jelasnya.



Sementara itu, Shamshul mendedahkan aktres Anna Jobling dan penyanyi Khai Bahar sebagai pesaing terdekat Bell bagi merangkul trofi utama. Pun begitu, katanya jarak undian sangat jauh berbeza.



Bell yang dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 35 dan merangkul trofi Artis Komedi Popular, dihadiahkan sebuah Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd, pada Isnin. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 1-8-2023 10:34 AM
anna tu kira pemes ler juga sbb kn drama cringe tu,
tp khai bahar pesaing terdekat yg masih relevan ek?
pape pun tahniah bam bell yak yak yeah!
Quote I.K.A888990 1-8-2023 11:31 AM
apa2 pun terbaik yak yak yeaa...mmg selayaknya hnag mng pun yg lain tak fofular
hapuskan je la anugerah vangang ni.....dah sendu ya amatttttt
Quote AbukRokok 1-8-2023 01:08 PM
kecewa fan penunggang org bisu
org lain yg berlakon org lain yg dicalonkan
Quote dudaberhias 1-8-2023 02:20 PM
rezeki heolss dan layak heolss menang selepas berpuluh tahun...

tapi sejujurnya heols tak lawak langsung... watak heols bawak tu pun diri heols sendiri je...

cumanya hasil titik peluk dan usaha dia tu memang membuatkan dia layak...

Quote laicibiru 1-8-2023 02:28 PM
AbukRokok replied at 1-8-2023 01:08 PM
kecewa fan penunggang org bisu
org lain yg berlakon org lain yg dicalonkan

maksudnya?
Quote mek_jah 2-8-2023 12:09 AM
rasanya macm tak pernah ketawa pun tengok bell ni...
Quote Perawankota 2-8-2023 02:20 AM
Tapi aku tak leh hadam mcmana Janna Nick punya vote last year sampai 86juta. Ke sebenarnya 8.6juta?
Quote balakkampung 2-8-2023 07:14 AM
pengundi bukan undi bell semata sebab watak barkoba tu..tapi aku yakin ramai yg undi sebab watak dia dalam drama2 yang lain..lakonan bell sangat kelakar dgn dialog2 spontan dia ..especially dalam drama dan telemovie

Joyah the series
Bedah tong gas the series
sekering jiwa ente
batu belah batu terlangkup
Cinta Amnesia


banyak lagi..
Quote codenamedream 2-8-2023 07:25 AM
Perawankota replied at 2-8-2023 02:20 AM
Tapi aku tak leh hadam mcmana Janna Nick punya vote last year sampai 86juta. Ke sebenarnya 8.6juta?


Tahun tahun sebelum ni ada undian pukal kalau beli barang penaja handphone. Tahun ni tiada penaja phone maupun kereta. Sendu sungguh.
Beli phone Xiaomi boleh undi pukal
Scan QR kat kedai phone tu boleh extra undi

1000043511.jpg 1000043512.jpg 1000043514.jpg 1000043513.jpg

Quote drivethru 2-8-2023 07:29 AM
Lakonan bell paling lawak dalam Presiden Kampung Morten. Kena pulak gandingan dgn didie alias n ozlynn. Lawak giler cite tu.
Quote Suchi 2-8-2023 08:27 AM
Khai ni masih penyanyi pemes ke? Apa lagu terbaru dia ya?
Si Anna tu plak harapkan drama yg satu tu jelaaa dia dikenali.
Kadang2 ada la sbb kenapa mcm susah nk menang ke apa walaupun sepatutnya mcm patut menang.
Cth penah tikam belakang kawan ke penah jd batu api ke apa, aniaya kawan ke apa.
Quote Suchi 2-8-2023 08:37 AM
Edited by Suchi at 2-8-2023 08:39 AM
balakkampung replied at 2-8-2023 07:14 AM
pengundi bukan undi bell semata sebab watak barkoba tu..tapi aku yakin ramai yg undi sebab watak dia ...



Watak dia dlm Joyah tu asik buat org menyirap je ngan pangai dia tu tp itu yg buat jd kelako sbb aksi tu bersahaja je.
Watak Barkoba tu pun sama pangai tah apa2 mcm2 hal je dia buat
Dalam 18 puasa setan siap flashback balik kesalahan2 si Barkoba tu

Quote mamaneesa 2-8-2023 10:36 AM
Suchi replied at 2-8-2023 08:27 AM
Khai ni masih penyanyi pemes ke? Apa lagu terbaru dia ya?
Si Anna tu plak harapkan drama yg satu tu  ...

khai ada lagu baru dgn nabila razali tu...apa ntah tajuknya...selalu gak dgr kt radio
Quote chinta89 2-8-2023 11:02 AM
Suchi replied at 2-8-2023 08:27 AM
Khai ni masih penyanyi pemes ke? Apa lagu terbaru dia ya?
Si Anna tu plak harapkan drama yg satu tu  ...

bila tteringat kes dia dajalkan geng2 Dewi Remaja dlu tu hmmm entah la.. aku takut bkawan ngn org mcm ni, sanggup jatuhkan kawan sdri semata2 dia x menang..
Quote renko 2-8-2023 11:11 AM
janji bukan anna blowjob tu menang
poyo much
Quote Perawankota 2-8-2023 12:53 PM
chinta89 replied at 2-8-2023 11:02 AM
bila tteringat kes dia dajalkan geng2 Dewi Remaja dlu tu hmmm entah la.. aku takut bkawan ngn org  ...

Tapi memang betul ke dia pedajal kawan2 dia tu?

Apapon aku memang tak berkenan tgk muka dia.. Mcm fake sgt
Quote selipar_hijau 2-8-2023 01:01 PM
Suchi replied at 2-8-2023 08:27 AM
Khai ni masih penyanyi pemes ke? Apa lagu terbaru dia ya?
Si Anna tu plak harapkan drama yg satu tu  ...

Kan kaka. Kesian dewi2 lain esp yg juara la paling terkesan. Bahaya dowh org mcm dia ni
Quote prizadane 2-8-2023 01:05 PM
dudaberhias replied at 1-8-2023 02:20 PM
rezeki heolss dan layak heolss menang selepas berpuluh tahun...

tapi sejujurnya heols tak lawak lan ...

Kakadud, same thought here. Iols pun tak pernah rasa Bell ni lawak. He bukan pelawak…. N kalau cuba melawak, langsung tak kelakar pada iols. Tapi dia seorang pelakon yang bagus. Bagi lah watak apa, dia boleh berlakon. Yang buat dia nampak macam lawak, sebab karakter dia yang bersahaja.

Sorry Bell, iols takkan pernah panggil you pelawak. Dalam otak i selama ni, you adalah pelakon yang bagus.
Quote chinta89 2-8-2023 01:17 PM
Perawankota replied at 2-8-2023 12:53 PM
Tapi memang betul ke dia pedajal kawan2 dia tu?

Apapon aku memang tak berkenan tgk muka dia.. Mc ...

ye, dia pedajal geng2 tgh minum arak dia sebar video tu. ye mmg salah pun perbuatan tu minum arak, sorang lagi bertutup litup masa DR tp masuk dlm tu terus pakai bra takde tudung dh. aku mmg x sokong bab kejahilan bebudak tu tp as friend la kenapa ko tgamak sebarkan video kawan2 sendiri? sb nak jatuhkan pesaing sb ko dah tau ko takkan menang jd lbh baik ko jatuhkan kawan2, terus kena pecat kaw2 bebudak tuh after video tersebar merata.

dia mendiamkan diri x nak buat statement apa2, dari situ nmpk kebijaksanaan dia mendajalkan kawan2 dia. kalau dia buka mulut nk pertahankan diri dia bukan penyebar, benda ni akan jd lg rumit so dia diammmmmm je, tak nafi sikit pun dia penyebar video tu. lagipun nk nmpk baik kan so dia diam la mcm dia x salah dan x tau ape yg tjadi.

now dia dh berjaya popular dlm industri ni, so aku nk tgk je la berapa lama dia blh btahan dlm industri. org spesies makan dalam ni dia akan jatuhkan pesaing dia yg lain plk asalkan dia yg dpt naik lagi dan lagiiii. sb tu iols kata member  yg pesen mcm ni mmg aku takutttt, jenis jahat dlm senyap.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068084 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top