Pempengaruh media sosial, Ubai MZ reda menerima pemergian dua ahli keluarga dalam tempoh tiga bulan. Menerusi perkongsian di Instagram, bakal suami kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi gambar keluarga yang dua daripadanya, iaitu ibu tercinta Allahyarham Rohani Jamal, 52, dan adiknya Allahyarham Muhammad Azrullah, 22, digelapkan.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, senada dengan perkongsian Shila memaklumkan mereka bakal meneruskan majlis nikah pada Sabtu ini seperti dipinta arwah ibunya. "Untuk nikah and sanding ni, mak nak semua orang pakai baju putih. Mak memang nak juga baju putih.
"Baju mak pun Ubai dengan Sha dah beli, alhamdulillah mak pakai cantik sangat haritu," tulisnya. Dalam masa sama, Ubai berjanji kepada arwah ibunya bahawa dia akan menjaga ahli keluarga yang lain. Ibu Ubai menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser ovari yang dihidapinya sejak Disember tahun lalu. - CARI
|
ADVERTISEMENT