CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Ahmad Dhani Haramkan Teman Wanita Berlakon Babak Mesra

31-7-2023 10:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5759| Komen: 15

Anak kepada vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani melarang teman wanitanya iaitu Tissa Biani berlakon babak mesra atau adegan panas dalam filem.

Jelas Dul, 23, dia bimbang sekiranya adegan berkenaan ditonton oleh pihak keluarga dan membawa imej buruk buat pasangannya itu.



"Saya cakap dengan dia kalau boleh lakonkan adegan sopan sebab bayangkan kalau adegan panas tersebut ditonton oleh ibu bapa dan bagaimana reaksi mereka saat itu? Jadi lebih baik berhati-hati.

"Perasaan cemburu itu memang ada tapi yang paling penting adalah saya tak mahu kekasih saya dilihat seperti pelakon murahan," kata Dul Jaelani menerusi temu bual di Youtube Deddy Corbuzier.

Tambah Dul lagi, dia mahu kekasihnya itu menjaga imej supaya tidak dilihat seperti gadis murahan dengan melakonkan adegan panas berkenaan.

"Sorry to say, bagi saya sekarang ini ramai gadis yang tidak bersikap murahan tetapi disebabkan penglibatannnya dalam pekerjaan itu maka terlihat seperti murahan.


"Secara tidak langsung imej mereka akan nampak seperti gadis murahan, jadi lebih baik jaga imej sopan," ujarnya


Dalam pada itu, kekasihnya iaitu Tissa Biani turut menjelaskan memilih untuk mengelakkan diri daripada terlibat untuk melakukan adegan panas mahupun kurang sopan dalam filem lakonannya.

"Sebenarnya daripada dulu secara peribadi saya memang tak gemar untuk melakukan adegan sensitif seperti bercumbu dan aksi panas lain yang sering dilakukan dalam filem-filem sekarang ini," luahnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipartnerib 31-7-2023 11:38 PM
ini artis Indo kan? sampai juga ke Malaysia kabarnya
Quote Thunderclouds 1-8-2023 12:54 AM
Ini ank yg bwk lancer bapak waktu budak² sampai xcident mati 6org.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:12 AM
malas nak ambil tau… knpa boleh smpi malaysia ni beritanya
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:13 AM
Thunderclouds replied at 1-8-2023 12:54 AM
Ini ank yg bwk lancer bapak waktu budak² sampai xcident mati 6org.

aku trus pg google... aduhh teruk jg ehh sampai 6 org terkorban...
Quote alesandra 1-8-2023 08:55 AM
Muka awek dia cam mak tiri dia
Quote prince_marhaen 1-8-2023 10:22 AM
diam je lah... insecure lettuw sebab dia je yang dapat wajah pure yindon jawa totok, yang lain dapat genetik lawa mak dia.. dah lah kecik-kecik dah tabrak mati 6 orang awam bawak keta bapak dia..
Quote liyamariska 2-8-2023 04:45 AM
oh, dia ni menyebabkan kemalangan sampai kematian 6 org tu? cam takde rasa bersalah lak dn cm takde apa2 berlaku pun...
Quote laicibiru 2-8-2023 01:53 PM
Dul paling copy paste muka bapaknya. Al & El dapat banyak gene Maia
Quote laicibiru 2-8-2023 01:53 PM
Thunderclouds replied at 1-8-2023 12:54 AM
Ini ank yg bwk lancer bapak waktu budak² sampai xcident mati 6org.

betul, ini anak yang itu
Quote laicibiru 2-8-2023 01:54 PM
prince_marhaen replied at 1-8-2023 10:22 AM
diam je lah... insecure lettuw sebab dia je yang dapat wajah pure yindon jawa totok, yang lain dapat ...

Al dengan sape sekarang?

El tu dah putus kan dengan his longtime gf Marsha Aruan?
Quote laicibiru 2-8-2023 01:55 PM
chiyoasuka replied at 1-8-2023 05:12 AM
malas nak ambil tau… knpa boleh smpi malaysia ni beritanya

sebab ni bod retis international
Quote siwasa 5-8-2023 11:01 AM
laicibiru replied at 2-8-2023 01:54 PM
Al dengan sape sekarang?

El tu dah putus kan dengan his longtime gf Marsha Aruan?

tak tau Al dengan sape sekarang
kalau El sudah lama putus dengan Marsha Aruan, semenjak itu dia banyak di gosipkan dekat dengan artis si A, si B, si C
Quote kembarsiti 14-8-2023 06:25 PM
siwasa replied at 5-8-2023 11:01 AM
tak tau Al dengan sape sekarang
kalau El sudah lama putus dengan Marsha Aruan, semenjak itu dia ba ...

Al mcm jomblo lagi... yg El org gosip kan dgn Fuji ... tapi El sejak kurus makin hensem...rugi kalau jomblo tu
Quote kembarsiti 16-8-2023 12:45 PM
laicibiru replied at 2-8-2023 01:54 PM
Al dengan sape sekarang?

El tu dah putus kan dengan his longtime gf Marsha Aruan?

Al dengan awek nama Laura sekarang.... pg konsert bapak dia haritu dia bawak Laura tu... set set model jugak awek baru ni
Quote laicibiru 20-8-2023 04:20 PM
kembarsiti replied at 16-8-2023 12:45 PM
Al dengan awek nama Laura sekarang.... pg konsert bapak dia haritu dia bawak Laura tu... set set m ...

spec heols kemain, harus golongan cantik je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.073925 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top