Pelakon Nabil Aqil yang memulakan kerjaya seni sejak 2018 meluahkan impiannya untuk mencuba pelbagai watak untuk mencabar dirinya sekali gus memperbaiki corak lakonannya. Pemilik nama sebenar, Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin berkata, antara watak yang ingin cuba dilakonnya adalah karakter songsang.
"Saya ada beberapa watak yang saya ingin cuba, pertama sekali watak seorang yang mengalami kemurungan, kedua ialah watak 'gay' dan ketiga adalah watak seorang gangster. "Mengapa? Sebab saya takin saya boleh bawa watak 'gay boy'sebab sekeliling saya pun ramai orang sebegitu. Jadi, saya dapat terima dan dah dalami cara mereka, cara percakapan, cara jalan. "Saya rasa saya boleh bawa watak itu. Jadi, kepada produser di luar sana, jangan takut ambil saya untuk watak 'gay boy'," katanya. Pelakon Budak Tebing 3 itu juga tidak takut dengan kritikan yang bakal diterima sekiranya menjayakan watak tersebut kerana ingin mencipta kelainan.
"Tak tahu nak cakap takut ke tak, tapi saya okey saja. "Sebab saya memang nak bawa watak yang berlainan, yang kontra luar biasa," katanya. Sumber: Xtra |
OshinDaSolja replied at 31-7-2023 08:34 PM
tak berkat rezeki nnt dik bawak watak sonsang mcm tu tkut rosak akhlak budak2... bwak la watak dreba ...
caprut replied at 31-7-2023 08:34 PM
Kalau bawa watak hadi awang mcm mana?
sambaldurian replied at 31-7-2023 09:52 PM
Ala...ni bukan bangkok the city of angels ko nk buat citer BL dikk. Ni kolumpo dik, Malaysia dik. Th ...
sambaldurian replied at 31-7-2023 09:52 PM
Ala...ni bukan bangkok the city of angels ko nk buat citer BL dikk. Ni kolumpo dik, Malaysia dik. Th ...
ashilalat replied at 31-7-2023 09:13 PM
Oh yes! Approved!
Dari aritu dah cadang dia berlakon BL dan pasangan BL dia bg la Ikmal Amry. Mcm a ...
OshinDaSolja replied at 31-7-2023 08:38 PM
ni bod gossip takyah la nk libatkan politik... jgn la jadi barua semua benda nk dipolitikkan... fa ...
gideoncross replied at 1-8-2023 10:59 PM
Ikmal Amry ni mmg dri dlu dh tahu ada trkait dgn gayah gayahan.
ADVERTISEMENT