Afendy Wahid memohon maaf jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman yang diberikan kepada pelakon Bell Ngasri. Kata pemilik syarikat kenderaan DTC Motors itu dia ikhlas mahu menghadiahkan Bell kereta mewah itu sebagai penghargaan kepada aktor itu yang telah menghiburkan rakyat Malaysia selama 37 tahun.
“Pertama sekali saya nak memohon maaf kalau ada di luar sana macam tidak berpuas hati. “Hadiah ini memang ikhlas daripada saya, saya tak pernah merancang (hadiahkan kereta kepada Bell Ngasri), memang secara spontan... kebetulan pula Khairy Jamaluddin uar-uarkan di Hot FM sebelum itu. “Saya mewakili pihak syarikat DTC Motors dan Femar Sdn Bhd memang seikhlas hati mahu menghadiahkan Bell sebuah kereta. “Selama 37 tahun Bell menghiburkan rakyat Malaysia tanpa penat lelah dan inilah masanya untuk hargai dia, dengan berkongsi rezeki mana tahu ada juga rezeki untuk kami,” katanya kepada mStar.
Menurut mStar, penaja hadiah itu tak jadi bagi Bell Ngasri kereta Mercedes Benz yang kemudiannya ditukar kepada Mini Cooper Clubman. Dalam perkembangan lain, Afendy memberitahu sempena meraikan Bell Ngasri syarikat DTC Motors mahu memberikan diskaun sehingga RM50,000 mengikut jenis kereta buat pembeli bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2023. -CARI Sumber: mStar
|
exclusive_vvip replied at 31-7-2023 06:11 PM
best ker bwk mini cooper ni? iols tgh eyeing Mazda cx30, tapi asben suggest mini cooper..
totokreturn. replied at 31-7-2023 07:33 PM
350k juga ni
exclusive_vvip replied at 31-7-2023 06:11 PM
best ker bwk mini cooper ni? iols tgh eyeing Mazda cx30, tapi asben suggest mini cooper..
exclusive_vvip replied at 31-7-2023 06:11 PM
best ker bwk mini cooper ni? iols tgh eyeing Mazda cx30, tapi asben suggest mini cooper..
missbigrockstar replied at 31-7-2023 06:28 PM
Comel sesuai dgn Bell yg kecik.
Penaja timbang kilo sedut sedut, shame on you
ADVERTISEMENT