CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Dan Ubai Teruskan Majlis Sabtu Ini, Portal Hiburan Ditegur Tiada 'Common Sense'

31-7-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8967| Komen: 51

Dalam duka, pasangan Ubai MZ dan Shila Amzah mengumumkan mereka akan meneruskan majlis pernikahan seperti dirancang Sabtu ini.

Penyanyi itu memaklumkan mengenai akad nikahnya dengan personaliti media sosial berkenaan menerusi siaran langsung di TikTok dan memohon doa orang ramai agar segala urusan dipermudahkan.



IG

Walaupun mengakui dirinya sebenarnya tidak sekuat tunangnya menempuh dugaan kehilangan orang disayangi kurang seminggu menjelang hari bermakna mereka, Shila cuba untuk menguatkan semangat diri.

"Sejujurnya, saya tak kuat tetapi saya kena kuat. Ubai lagi kuat daripada saya. Selama ini, saya dan Ubai tidak aktif di media sosial kerana memang berulang alik bekerja dan dalam masa sama menjaga mak.


IG


"Bukan senang tapi yang penting mak tak sakit dah. Walaupun mak bukan ibu kandung saya tetapi selama saya kenal, tak pernah dengar mak bercakap buruk pasal orang lain. Semoga segala kebaikan yang dilakukan akan membantu mak di negeri abadi.

"Saya juga nak berterima kasih kepada semua yang datang semalam di masjid dan mengiringi mak ke tanah perkuburan," ujarnya dipetik OHBulan.

Dalam masa sama, Shila menitipkan kata-kata semangat buat semua pejuang kanser.



Sementara itu, hantaran terbaru di Instastory, Shila menegur tindakan sebuah portal hiburan yang didakwanya menggunakan tajuk sensitif bagi meraih trafik atas kesedihan orang lain.


Dalam Duka, Majlis Kahwin Shila Amzah Dan Ubai Diteruskan Sabtu Ini


Ibu Ubai, Allahyarham Rohani Jamal, 52, menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang semalam di PPUM akibat kanser ovari dihidapinya sejak Disember tahun lalu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nano 31-7-2023 05:48 PM
Edited by nano at 31-7-2023 05:49 PM

Yang ni baru dinamakan batak like or views..

Alahaiiii..... semua media skrg ni mmg xleh pakai






Kalau rajin click
Quote laksmanabentan 31-7-2023 05:53 PM
itu pun nak melayan... teruskan jer la majlis kahwin tu... tapi jangan lupa majlis tahlil juga yaa...
Quote prince_marhaen 31-7-2023 05:58 PM
xila amxia tekno tehhhhtapppp nak kaweennnnn ye...clam clam cannot wait katanyaaa..
Quote dudaberhias 31-7-2023 06:11 PM
semoga di permudahkan urusan Shibai sabtu ni...

dua majlis serentak.. kenduri kahwin dan tahlil...

Quote doubleA 31-7-2023 06:11 PM
Sampai bila2 la deme akan ingat tarikh tunang nikoh, satu adik meninggal, kemudian mak pula. Selebihnya iols simpan komen dalam hati. Semoga berbahagia dan perkahwinan terakhir la utk xilalat. Kalau tak, cycle serupa bbnu nikoh kali pertama akan berulang.

Takziah utk ubai seisi keluarga
Quote minahmanja 31-7-2023 06:23 PM
Ohh dah nak nikah ye. Berapa lama diorg berkawan ni.. macam tak caya pulak aku, rasa macam baru je lg..
Quote asfaz 31-7-2023 06:24 PM
doubleA replied at 31-7-2023 06:11 PM
Sampai bila2 la deme akan ingat tarikh tunang nikoh, satu adik meninggal, kemudian mak pula. Selebih ...

cousin asben ai nak sambut anniversary pun serba salah . Pagi bapak meninggal,malam tu akad nikah. Urusan tukar wali pun kena setel haritu jugak.
Quote likilu 31-7-2023 06:34 PM
doubleA replied at 31-7-2023 06:11 PM
Sampai bila2 la deme akan ingat tarikh tunang nikoh, satu adik meninggal, kemudian mak pula. Selebih ...

Tambah satu lagi - opret otak

Rasa macam seorang lelaki diusia muda sangat critical kot time time gini then ko pulak nak rush tunang n nikoh

Common sense mana
Quote CiliPadiSedap 31-7-2023 06:45 PM
asfaz replied at 31-7-2023 06:24 PM
cousin asben ai nak sambut anniversary pun serba salah . Pagi bapak meninggal,malam tu akad nikah. ...

innalillah, moga cousin asben dicucuri rahmat di tempatkan dalam kalangan orang soleh
Quote RoseLuna 31-7-2023 06:47 PM
Iols faham & okay je deyols teruskan nikah. Cuma xilalat tu tetapppp nak highlight pasal wedding lebih ye dlm pos utk arwah mak Ubai. Mcm everything must still be about me me me. Tak boleh ke tone down sekejap dari sebut pasal wedding
Quote I.K.A888990 31-7-2023 06:51 PM
hidup kamu berdua kan...pandailah fikir mana baik tak
semoga dipermudahkan urusan majlis nnt....
Quote KucingBiru 31-7-2023 08:16 PM
RoseLuna replied at 31-7-2023 06:47 PM
Iols faham & okay je deyols teruskan nikah. Cuma xilalat tu tetapppp nak highlight pasal wedding leb ...

Ini memang sangat redflag, masalah besar sbnrnya shilat ni. Ada org kata species narcissist mmg akan put everything about them them them.

Quote she 31-7-2023 08:39 PM
Macik teda masalah deme nak kawen dalam keadaan terdekat ni

Tapi kalau macik lah
Mak meninggal
Hmmm takpelah tunggu dulu
Ini macik lahhh

Masa arwah ayah meninggal dulu pun
Macik stop hosting 3 bulan
Ini macik lah yeee
Lain orang lain pandangannya
Quote Diplomat 31-7-2023 09:01 PM
Kan maknya dah pesan apa pun yang terjadi kena teruskan.

Quote anony-mous 31-7-2023 10:01 PM
I baca status oh media tu mmg melampau. Sbb ayat dia mcm mak mertua tu sengaja xnk dtg. Btw oh media ni masih bawah kelolaan khai tu ke?
Quote rayray28 31-7-2023 10:04 PM
likilu replied at 31-7-2023 06:34 PM
Tambah satu lagi - opret otak

Rasa macam seorang lelaki diusia muda sangat critical kot time time ...

Rasa cm ubai ckp hrtu mak dia sempat pesan sebelum ditidurkan yg suh teruskan je majlis tu walau apa pn
Quote eyansss 31-7-2023 11:11 PM
Edited by eyansss at 31-7-2023 11:22 PM

kan arwah mak ubai dah pesan, teruskan walau apapun jadi…  awat ramai pakat butthurt ni?
Quote September14 31-7-2023 11:46 PM
Nikah tu teruskn je buat kecik2… mjlis2 snding xyh lg.
Quote gerbera.memopad 31-7-2023 11:58 PM
Boleh faham sebenarnya kenapa nak teruskan majlis. Semua mesti dah siap, tempah & bayar deposit segala. Maybe banyak family members/friends yang jauh-jauh dah beli tiket, book hotel semua. Bukan semudah tu nak tukar tarikh.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042670 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top