Raja Ema tampil mendedahkan situasi sebenar ketika diundang untuk membuat persembahan pada kejohanan Olimpik Musim Panas pada tahun 1988 di Seoul, Korea Selatan. Raja Ema berkata, dia tidak menyedari bahawa dia membuat persembahan di pentas kejohanan dunia yang besar tersebut ketika itu.
“Sebenarnya pada tahun 1988, Korea terpilih dan dipilih menjadi tuan rumah pertama untuk Asia. “Jadi mereka sangat-sangat berbesar hati untuk menjemput beberapa penyanyi Asia lain untuk berkongsi pentas di acara pembukaan Olimpik 1988. “Saya sebenarnya tak tahu, pengurus saya ketika itu adalah ibu saya, selepas itu pihak EMI beritahu yang saya dijemput untuk buat persembahan dan nyanyi lagu Mentari Korea,” kongsinya seperti dipetik di XTRA. Pada mulanya agak keberatan untuk beraksi di pentas Olimpik tersebut kerana menjalani penggambaran.
Lebih manis, Ema membuat persembahan di kejohanan tersebut pada usianya 19 tahun. “Tiada uji bakat, mereka terus hubungi, ketika itu saya ada penggambaran di Indonesia. Pada tarikh Olimpik itu juga saya ada penggambaran. “Pada mulanya saya memang tak dapat nak lakukan sebab saya kalau boleh nak beri fokus satu persatu dahulu, tak boleh campur, berserabutlah. “Tapi Olimpik kan, ketika itu pun saya muda remaja lagi, umur 19 tahun. Orang suruh nyanyi jadi saya hanya nyanyi sahaja lah. “Saya tak anggap ia sebuah acara besar, tanpa disedari. Sekarang ini dah tua baru lah perasan,” ujarnya. -CARI Sumber: XTRA
|
Lampuled replied at 31-7-2023 06:10 PM
Nmpak dkt ig dia tulis entrepreneur. Dia ada buat business apa?
gerbera.memopad replied at 31-7-2023 11:52 PM
Drama terbaru beliau dengan Tok Danish yang kat Astro tu best. Watak Tok Danish sengal-sengal ubi gi ...
dua_chzy replied at 31-7-2023 06:47 PM
Rindu zaman ni.
Temenung replied at 1-8-2023 12:57 AM
Jack yusof tu kan.memang lawak cite tu.iols yg latest episode bnyk tertinggal.awal2 hari tu tgk la ...
ADVERTISEMENT