CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kena Fisio Seumur Hidup, Achey Solat Zuhur 8 Rakaat Bila Anak Dah Tahu Tentang Solat

31-7-2023 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3615| Komen: 17

Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi mengenai anaknya yang kini sudah tahu mengenai solat.

Katanya, kadangkala dia menunaikan solat Zuhur sebanyak lapan rakaat dek mengikut kerenah anak.


"Anak pula dah tahu apa itu solat, saya kadang-kadang solat Zohor lapan rakaat. Pasalnya bila saya dah selesai solat, anak datang tanya, ‘Ayah dah solat?'


IG

"Terus dia merajuk bila tahu kita dah solat, bila dia merajuk itu yang kena solat lagi sekali tu. Jadi lapan rakaat lah jadinya," ujarnya kepada Oh Bulan ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang diadakan di TGV 1 Utama pada Jumaat malam.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Hantu Wangan itu juga ‘pening’ dengan anaknya, Nur Tiara yang ingin turut serta ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu bersamanya.

"Sekarang pun kalau ramai yang boleh tengok, setiap hari Jumaat dia nak ikut saya (ke masjid).


"Tapi tak apa bila dia besar nanti, dia tahulah tu yang solat Jumaat tu kebanyakkannya lelaki je yang pergi.

Dalam masa sama, Achey berkongsi perkembangan terkini kesihatannya yang bertambah baik selepas menjalani pembedahan untuk merawat masalah slip disc dialaminya.

Achey bagaimanapun perlu menjalani sesi fisioterapi di hospital seumur hidup bagi memastikan kekuatan tulang belakangnya terjamin. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 31-7-2023 05:21 PM
dah kurang kelakar (walaupun tak pernah kelakar), jual anak tembam dia pulekkk..... harap2 dah besar tak bingit lah cam bapak dia ye..
Quote dudaberhias 31-7-2023 06:49 PM
dah takde konten macam si ib tu maka anak2 lah jadi konten pulak ye dokkk...

Quote jejaka_hensem 31-7-2023 06:55 PM
Ko solatlah zuhur 8 kali sekali pun,zuhur tu tetap dikira 4 rakaat.
Quote CikLiliya 31-7-2023 07:35 PM
Alang2 tu niak qada' je la..dapat la pahala...
Quote margo20 31-7-2023 08:46 PM
Nape tak buat solat sunat qabliah ba’diah je
Quote Dzahin_poch 31-7-2023 08:49 PM
margo20 replied at 31-7-2023 08:46 PM
Nape tak buat solat sunat qabliah ba’diah je

Dia jd imam untuk anak dia kot.
Quote slyfynx 31-7-2023 09:51 PM
Pemende 8 rakaatnye?
Nape x niat je qada yang mana tertinggal dulu?
Nk tunjuk alim ke hape ni?
Quote prettyuglybabe 1-8-2023 10:13 AM
dah tu kau tak reti ajak anak solat tiap kali masuk waktu ke?
ke nak kena bagitau terpaling solat?
Quote sangbara2020 1-8-2023 11:43 AM
sakit tunjuk alim
bila xsakit ,menunjuk...
Quote KamikuP 1-8-2023 03:20 PM
Ni anak kandung ke anak angkat? Tak tau pulak slip disc.. tapi kene le up citer nak bagi kekal relevan cam WASOHAI khuenzzz..ekekekekeke
Hari ni takde ke citer WASOHAI min?
Quote cap_ayam 1-8-2023 03:23 PM
Hahah keletah Tiara
Quote mizzmimi 1-8-2023 03:38 PM
Terpaling spoilkan anak ke sampai diri sendiri punah ranah pun takpe?
Quote IvyGorgon 1-8-2023 03:59 PM
Achey ni sooo turn-off tengok dia, suka buat kelaku bodoh2 alang. Geli, enough said.
Quote Nozot 1-8-2023 08:36 PM
Meluat giler dengan dia nie..buat content ttg anak, tapi tak kelakar pun..
Quote cahaya_almas 1-8-2023 10:35 PM
anak angkat kan ni?
Quote Mizlyn 1-8-2023 10:41 PM
Dah besar anak angkat derang ni.. Comei je..
Quote DeLuna85 2-8-2023 12:15 AM
Dia sorang je yang rasa anaknya kelakar. Para netizen dalam ig semua fake konon terhibur.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036260 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top