CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Best Langsung, CGI Hauk, Macam Kerja Student Filem, Tak Layak Masuk Pawagam – Sumpahan Jerunei Dikutuk!

31-7-2023 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5556| Komen: 30

Filem Sumpahan Jerunei mula ditayangkan di pawagam pada 27 Julai lepas.

Namun review yang diberkan oleh dua sekawan di media sosial berjaya menarik perhatian ramai selepas mereka mengkritik filem tersebut tidak layak ditayangkan di pawagam kerana kualitinya hanya seperti video di Youtube.


Mereka memberikan ulasan tentang CGI di dalam filem tersebut seperti ‘kisah dongeng’ dan hanya memberikan 2 bintang sahaja.




"2/10 je. Itu pun sebab lakonan. CGI macam kisah dongeng ye. Macam cerita TV9, layak masuk TV9 je tak layak masuk pawagam.”

Difahamkan, mereka tidak menonton filem itu sehingga penghujung dan berkata kualiti kerja pelajar filem lebih bagus daripada ini.


Mereka turut mencadangkan agar orang ramai tidak menghabiskan duit dan masa untuk ke pawagam dan menonton Sumpahan Jerunei.

Sementara itu, sesetengah netizen tidak bersetuju dengan dua sekawan tersebut dan berkata mereka tidak sepatutnya menyeru orang ramai untuk tidak tonton hanya kerana CGI.

Segelintir individu pula yang juga telah menonton filem itu mengakui ia tidak seronok dan mempunyai plot cerita yang cliche. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 31-7-2023 03:10 PM
bukan ke filem ni yg dpt byk awards baru2
awards apa lupa tah.....ke salah filem
Quote Honey_Inara 31-7-2023 03:13 PM
Ada sesiapa dah tengok? Review ler sini. Iols tengok kt ig uqasha bukan main sheols bercerita jerih perih shooting filem ni.
Quote beta_carotene 31-7-2023 03:22 PM
ala baru excited nk tengok sbb tertarik dgn sejarah jerunei ni
pastu OST dia sedap..
Quote becir 31-7-2023 03:48 PM
eh pokcik bront nya ceta kan...mmg teruk ke
Quote prince_marhaen 31-7-2023 04:04 PM
btw, siapa ponen gigi besi ngan si kepom kepam makeup tebal sekati ni?
Quote Kancilkering 31-7-2023 04:22 PM
last cerita bront
ni macam best tapi macam xbest…ada remy ishak lagi…..

tapi x kan le bront ni pilih cite kerja budak budak kan….
Quote dekmieDandy 31-7-2023 04:53 PM
aku plan jugak nak tengok semalam, pastu ternampak benda ni

terus cancel
Quote dudaberhias 31-7-2023 06:11 PM
dengar nama dan tengok poster pun dah tahu... memang filem yang dah kena sumpahan punei...

poster pun macam ahlong tampal2 bawah jambatan tu nak bagi pinjam duit...

Quote jihah_kudat 31-7-2023 06:31 PM
I.K.A888990 replied at 31-7-2023 07:10 AM
bukan ke filem ni yg dpt byk awards baru2
awards apa lupa tah.....ke salah filem

tapi biasa filem yg menang anugerah kat luar negara ni biasanya tak berapa boleh go..contohnya macam filem roh..aku sampai sekarang tak boleh habiskan..
tapi dari tiktok tu bukannya dieorg condem pasal story tapi lebih kepada cgi yang macam dunia khayalan dunia impian..
Quote missbigrockstar 31-7-2023 06:42 PM
Kesian daiyan penat je dia cerita pengalaman dia sakit jerih berlakon filem ni nak tarik penonton, tak menjadi modus operandi nya
Nak komen juga pengalaman diorang ni pasal penonton yang suka ulas setiap babak dalam movie. Mmg rengsa. Dulu aku tgk movie Crawl, budak sebelah aku tak berhenti mengulas. Bila scene suspens buaya, budak sebelah komen, hah buaya dah keluar, dah keluar!
Quote RoseLuna 31-7-2023 06:51 PM
Patutlah beria marketing kan scene Uqasha dgn Amerrul tu. Rupanya sebab cerita hauk. Terpaksa la extra marketing murahan. Tapi iols setuju yg filem melayu jarang la best & berbaloi nak keluar duit tengok kat wayang
Quote RoseLuna 31-7-2023 06:51 PM
prince_marhaen replied at 31-7-2023 04:04 PM
btw, siapa ponen gigi besi ngan si kepom kepam makeup tebal sekati ni?

Tiktokers ni rasanya
Quote putericahaya999 31-7-2023 07:01 PM
I suka cerita ada hantu hairul azreen
Walo poster mcm budak tadika cerita tu best
Quote Perawankota 31-7-2023 08:20 PM
Ermm.. baru ngat nak tgk… aku pon suka citer2 mcmni
Quote akuHavocczz 31-7-2023 09:58 PM
Plot bongok bongok je. Macam sekumpulan budak degil pergi ekspidisi. Lepas tu ada je lah benda nak usik, mulut tak jaga. Lepas tu kena kacau lah. So yesteryear punya plot
Quote syamzana 31-7-2023 10:13 PM
prince_marhaen replied at 31-7-2023 04:04 PM
btw, siapa ponen gigi besi ngan si kepom kepam makeup tebal sekati ni?

si pompuan mok2 tu model big size+pandai mekap nama ig erma ke apa entah. i rasa ye dah org yg sama
realiti muka dia teruk giler dgn acne+scar. selalu lalu lalang kat explore iols.

eh patutla i tgk kat tvbox umah dah ada sumpahan jerunei  ni tp tak berminat nak tgk. ingtkan cite indon
Quote pearl.silver 31-7-2023 11:35 PM
Tgk trailer pun nmpk cgi cam kartun.
Quote qaqaarjuna 1-8-2023 05:08 AM
beta_carotene replied at 31-7-2023 03:22 PM
ala baru excited nk tengok sbb tertarik dgn sejarah jerunei ni
pastu OST dia sedap..

I dah tgk citer ni 2 ari lepas…mmg best n xbosan…i sebenarnya nk tgk sbb uqasha je n husband i ikut je tgk citer ni sbb dia ckp drp u ajak i tgk barbie,i sanggup tgk citer ni…last2 dia yg terlebih excited…siap marah2 i lagi…knp u xckp ni citer psl sjarah…i ingatkan ni citer antu je…siap lps kuar wayang,husband i excited lagi berbual pasal citer ni n bagi 8 bintang
Quote balakkampung 1-8-2023 07:30 AM
The last genre of film that I chose to watch was a horror movie, bukan sebab aku takut, tapi sebab aku geli..mostly makan benda kotor la..minum darah la..muntah la..filem horror terakhir yg aku tgk hantu kak limah..tu pon sebab horror comedy.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.043937 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top