CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kubur Di Selat Klang Diterangi Cahaya Lilin, Apa Motif Kumpulan Lelaki Berkerumun Waktu Maghrib?

31-7-2023 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2957| Komen: 12

Seorang wanita berkongsi video memaparkan sebuah kubur di Selat Klang, Selangor yang diterangi dengan cahaya lilin.

"Kejadian di Kubur Selat Klang. Ada satu kubur yang dipasang lilin. Motif? Cikgu pun tak tahu.


"Tapi malam ni niat nak pergi tengok apa yang diletakkan. Orang tak kelihatan pun. Tapi lilin tu menyala.

"Kalau ada orang, mungkin boleh pergi sergah. Siapa la punya kerja pasang lilin kat kubur ni?" tulis pemilik TikTok Cikgulatt82.



Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa seram dan tertanya-tanya motif sebenar di sebalik perbuatan aneh itu.

Beberapa penduduk setempat turut tampil di ruangan komen dan mendakwa kejadian itu bukanlah satu perkara baharu.


"Beberapa hari lepas, kawan ayah dah cabut lilin tu. Eh dipasangnya lagi.

"Sebelum ni banyak kali lalu memang ada satu kubur ni lilin. Malam tadi dengan kelmarin lalu tak ada nampak, tak tahu mungkin terpadam sebab angin.

"Saya ada lalu sebelum Maghrib, ada empat ke lima orang lelaki dok kerumun kubur tu dan pasang lilin. Saya pun pelik mereka tengah buat ritual apa pun tak tahu.

"Baru Jumaat lepas lalu. Tunjuk kat suami. Suami marah sebab kenapa tegur. Balik tu terus mandi dan solat," tulis beberapa individu.

Menurut lama web e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), segala bentuk khurafat dan azimat sama ada yang berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan akidah dan syariah Islam. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 31-7-2023 02:25 PM
alah utk konten ja tu...bikin habis karen shj
Quote isseliparjepun 31-7-2023 04:24 PM
Selalu nampak orang pasang lilin kat kubur ni. Dulu dulu la. Tapi tak rasa apa pun. Tu dulu kecik kecik. Now bolehlah disiasat.
Quote supernaturalee 31-7-2023 04:34 PM
terbakar plk kubur nanti


Quote sharlenetexas 31-7-2023 04:38 PM
Kawan aku yg bipolar dia kata dia sembahyang mayat kat kubur. Tengah maghrib tu. Berani dia gi sorang2.

Quote jazaa100 31-7-2023 04:46 PM
Mintak no le tu....

Teringat cite masa aku kecik² dulu...
Lelaki cina ni mintak no ekor....pastu hantu tu kata dia blh bg....tapi syarat klu menang 1st prize, kena kawin dgn dia.....

Org tu pun setuju....sbb terdesak nk duit kan ..tgok² menang 1st prize, dpt duit ratus ribu....dia pun buat tak tau je dgn janji dia tu....tak lama pastu, hantu tu selalu munculkn diri tuntut janji ...tapi dia lari²....

Satu hari tu dia drive mlm, tetiba hantu tu muncul, dia yg ketakutan pi langgar pokok & mati kat situ jugak ...

Tak tau lah kisah benar ke atau rekaan
Quote kechikchomel 31-7-2023 04:55 PM
ada satu kubur je lah ye yg dipasang lilin?
ada cek tak kubur siapa tu?
Quote edayildiz 31-7-2023 04:57 PM
ke nk pergi curi tanah kubur..
Quote rosedemon 1-8-2023 09:13 AM
biarla dia sje nk menerangi agaknya
Quote scorpene 15-9-2024 12:56 PM
Edited by scorpene at 15-9-2024 12:57 PM
wipet4 replied at 15-9-2024 12:48 PM
Ontginnen meehelpen op ik vereenigd vertoonen binnenste de. De liggen mijnen worden ze verder. Bewij ...


sibuk je mamat belanda ni....dah le panjang gile komen

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050049 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top