CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Pandai Buat Tahi, Pandailah Bersihkan. Aku Tahu Kau Sedang Membaca Dan Perhatikan Hidup Aku Every Single Day Tanpa Jemu,"-Shakilla Khoriri ...

31-7-2023 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6326| Komen: 38

Shakilla Khoriri menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.

Shakilla memohon agar orang ramai yang tidak tahu menahu mengenai isu tersebut untuk tidak memanjangkan atau menyebar cerita tanpa kepastian.


Di IG, pelakon itu memohon maaf mengenai video temu bualnya bersama Melodi yang berkemungkinan memanjangkan lagi kontroversi itu.

Foto: IG

Jelasnya  dia sudah penat melayan isu yang telah berlaku hampir tiga tahun namun dibangkitkan semula oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

"Saya dah penat dengan isu yang sama hampir tiga tahun dah pun. Penat untuk menjaga aib bersama dengan orang-orang yang berkaitan yang hanya membaling batu sembunyi tangan. Saya terpaksa clearkan benda lama ni disebabkan saya adalah Shakilla Khoriri. Aku faham."

Selain itu,  dia menanti permohonan maaf daripada individu yang terlibat. Tegas Shakilla, tuduhan yang dilemparkan itu bukan sahaja mencalarkan namanya malah keluarga turut terpalit.




Dalam pada itu, Shakilla turut memohon maaf kepada semua orang atas kesilapan yang dilakukan. Harapnya, agar pengakuan ini menjadi titik noktah dari terus bercakap buruk mengenai dirinya selain ingin menjaga aib.

"Cukuplah eh. Saya minta maaf dan minta ampun pada semua. Harap semua orang boleh letak ‘fullstop’ dari terus bercakap pasal baik buruk aku yang korang tak tahu.

"Kita jaga diri sendiri. Dan bantu aku juga untuk jaga aib dan tak keruhkan lagi keadaan lebih ramai yang terlibat.


Sebelum ini, tersebar beberapa keping gambar Shakilla bersama seorang lelaki yang didakwa seorang ahli perniagaan dan sudah berkahwin.

Terdahulu, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2028, namun berpisah pada Disember 2021.



Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 31-7-2023 01:49 PM
nak jadi bipolar jugak ke ni lepasni main tuduh je sesape dia rasa yang sebarkan gambar tu...

boleh buat group dengan acik janna nick, puteri sarah dan jumanji...

admin dia harus lah jumanji kalau tidak mau kena hempuk kepala seko2 siap drift langgar pagar rumah masing2 kalau tak bagi dia jadi admin...

Quote Purplehaz 31-7-2023 02:43 PM
Ckp berbelit dia ni.
retis yg berani layan suami org..sampai bercerai..beranilah tanggung akibatnya.
Quote azimodin 31-7-2023 02:44 PM
Nak damage control jangan cakap pusing2 sebab bakalan menjerat diri.
Quote pocongkiutss 31-7-2023 02:47 PM
Retis..jgn le percaya..contoh macam acik NK tula..beria deny..hakikat sebenar?
Quote Perawankota 31-7-2023 02:54 PM
Sebenarnya elok senyap je, tak yah nak upload apa2 nak explain apa2..
Quote asfaz 31-7-2023 02:59 PM
baru sedar ke kau kantoi cakap berbelit2.
Btw selama ni org nampak kau ok aje . sekarang baru nmpk buruk kau. Selamat join club jering.
semoga tersungkur macam jering no job
Quote freyayong 31-7-2023 03:30 PM
apo bondo dia ni ckp berbelit2. ngaku salah je lah mmg ko suka laki org pastu tak nak bermadu.
Quote rosedemon 1-8-2023 09:26 AM
type panjang2 pastu org xpaham. sbnrnya ko mmg menggatal ngaku jelah
Quote kalchi 1-8-2023 09:40 AM
Kejap saya kejap aku
Quote kashaz 1-8-2023 09:56 AM
"disebabkan saya adalah Shakilla Khoriri. Aku faham."

Menda nih?? Ko igt ko level Tokti ke nak guna ayat cenggini haha. Bahasa dia pun pening nak paham.


Quote heythere123 1-8-2023 10:33 AM
mohon suap versi TLDR buat iols yg malas nak gali
Quote heythere123 1-8-2023 10:34 AM
kalau ikut interview melodi sheols kata sheols tak sailang pon jantan tu? ke dekat tempat lain sheols mengaku yg sheols dah jadi pelakor?
Quote abadi84 1-8-2023 10:38 AM
heythere123 replied at 1-8-2023 10:34 AM
kalau ikut interview melodi sheols kata sheols tak sailang pon jantan tu? ke dekat tempat lain sheol ...

Apa yg x ngaku nya. Mana ada penyondol nak ngaku.
Pendek kata dia mmg bercinta. Tp tak nak bermadu.
Bini org tu tanya dia nak tak bermadu.
Dia kata dia lebih rela kehilangan daripada bermadu tapi tak suruhlah cerai.
Jadi org tu ceraikanlah bini dia dgn rela hati menurut SK. Aku ni lsg x knl dia sblm dia kahwin dgn FA.
Quote heythere123 1-8-2023 10:41 AM
abadi84 replied at 1-8-2023 10:38 AM
Apa yg x ngaku nya. Mana ada penyondol nak ngaku.
Pendek kata dia mmg bercinta. Tp tak nak bermad ...

thanks chuols buat recap camni

patut la forumer panas dengan statement sheols
Quote TabletSusu 1-8-2023 10:49 AM
abadi84 replied at 1-8-2023 02:38 AM
Apa yg x ngaku nya. Mana ada penyondol nak ngaku.
Pendek kata dia mmg bercinta. Tp tak nak bermad ...

rela kehilangan..? patut bila binik org tu dah tau hubungan ko.. ko blah dah.

bila bini org tu tny nak madu ke x.. masa ni pun ko dah wajib blah
ye lah sbb ko xnak bermadu kan.

tp kenapa ko masih menggatal berkepit dgn org tu..?
dasarrrr..!
Quote sara_thrash 1-8-2023 10:50 AM
abadi84 replied at 1-8-2023 10:38 AM
Apa yg x ngaku nya. Mana ada penyondol nak ngaku.
Pendek kata dia mmg bercinta. Tp tak nak bermad ...

kan..
dah buat org tu sampai bercerai berai lepas tu ko acah2 tak bersalah.. ayat berbelit last2 terperangkap diri sendiri tanpa sedar.


Quote pavlovachoc 1-8-2023 10:51 AM
Aku selamat dh unfollow dia..menyampah ..punya la lama dia kawan ngn FA tu..last² serai
Quote asfaz 1-8-2023 11:01 AM
abadi84 replied at 1-8-2023 10:38 AM
Apa yg x ngaku nya. Mana ada penyondol nak ngaku.
Pendek kata dia mmg bercinta. Tp tak nak bermad ...

kat benang sebelah ada yg kenal laki bini tu, tak cerai . Wife pun baru beranak ivf setelah 10 tahun mencuba. Ntah2 dia ni yg up gbr sendiri sb katanya ada dlm hp dia dgn laki tu kan. Dah 3, tahun ganggu. siyal pompuan ni.
Quote marchikobonzo 1-8-2023 02:00 PM
Saiko ehh dia ni

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.137398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top