Vdeo Remy Ishak tidur sewaktu berada dalam wad selepas isterinya Ezza Yusof bersalin. Dalam rakaman tersebut Remy dilihat nyenyak tidur di atas sofa dan kedengaran juga suara bayinya sedang menangis.
Seorang pengguna di Twitter memuat naik video itu semula dengan meletak kapsyen berkata isteri bersalin tapi bapa pula letih. Di ruangan komenrata-rata netizen menganggap hal yang dilakukan oleh Remy sama sekali tidak salah. Bahkan, ramai berpendapat seorang bapa juga berasa penat sewaktu isteri melahirkan anak kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan seperti kehulur-kehilir menguruskan isteri, pendaftaran anak dan banyak lagi. |
ADVERTISEMENT