CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erysha Emyra Tersuka Lakonan Tanpa Sengaja

31-7-2023 09:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3482| Komen: 5

Baru sahaja terjun ke dunia lakonan awal tahun lalu, nama Erysha Emyra mulai menjadi sebutan selepas menerajui drama Chinta Wrong Direction berganding dengan aktor, Hun Haqeem.

Anak kepada pelakon dramatis Datin Noniswara tidak pernah berhajat memasuki dunia lakonan. Apalagi menjadikan pelakon sebagai kerjaya sepenuh masa.



Cuma aktif dalam peragaan selepas tamat persekolahan, ibunya antara yang tidak berputus-asa mendorongnya cuba nasib berlakon. Namun begitu, dia tidak sengaja jatuh cinta tanpa paksaan siapa-siapa.

"Sejak kecil, ibu memang nak saya ikut jejak kakinya. Tapi sejak dulu saya memang tak nak. Ketika itu, saya berfikir cukuplah ibu saya saja yang berlakon.

"Impian peribadi saya sebenarnya mahu mendaki dunia korporat. Tapi tiba-tiba terbuka jalan selepas saya jadi model tudung. Ibu pun memang tak putus-putus dorong lagi saya cuba lakonan ketika itu," katanya.



Erysha bagaimanapun akui tidak risau pun jika ada yang mengaitkan rezekinya dapat terjun bidang seni adalah gara-gara nama ibunya. Dia lebih percaya pada ketentuan rezekinya.

"Setakat ini saya rasa okay saja. Bagi saya itu rezeki masing-masing. Kadang-kadang, kalau kita nak sekali pun, takkan dapat kalau memang bukan ditakdirkan jadi rezeki kita, bukan?

"Saya pun baru betul-betul jatuh cinta dengan lakonan disebabkan drama Chinta Wrong Direction. Set, produksi, dan semua yang terbabit jadikan saya rasa sangat seronok dan ini tempat saya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 31-7-2023 09:19 AM
Kaum kerabat elfira loy ke dia ni?
Quote Honey_Inara 31-7-2023 09:27 AM
Mati² ingat sharifah rose. Muke sepesen dengan si rose dan kening sepesen elfira. Tapi selalu perasan dia ni banyak jadi model tudung.
Quote c===8 31-7-2023 09:32 AM
tu nama ikut ic ke?
Quote kisahkeaku 31-7-2023 09:35 AM
elpira kening 2.0

btw dia ni tgh rapat dgn hun haqeem kan.mamat tu siap dtg sepahtu teman minah ni.
tp dlm twitter ada org spill hun haqeem ni dah ada gf nama nadia.tp masa tgh kapel dgn nadia pun hun haqeem nak try nia dgn wanna ali.
i perasan sbb nia retweet kebetulan i mmg folo dia.
hurm buaya.
Quote myakayina 31-7-2023 09:36 AM
muka sepesen je kan hijabista ni..kayu ke tak lakonan ko dik?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.103488 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top