CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kenapa Tak Muncul Lagi?' - Ellie Ajak Kekasih Bekas Suami Jumpa Anak-Anak

31-7-2023 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6225| Komen: 42

"Saya dah kata sebelum ini, be real. Kenapa tak muncul lagi?"

Ellie Suriaty menegaskan kekasih bekas suaminya, aktor Azri Iskandar perlu bertemu anak-anak mereka.

Sehingga kini, dia yang dikatakan masih menunggu kedatangan Dr Azra berkata, jika seseorang mahu berada dalam hidup bekas suami, individu berkenaan perlulah jujur tentangnya.



Kosmo

“Bagi saya, kalau sesiapa yang nak ada relationship dengan Azri, be honest about it. 

“Has to be real, kenali anak-anak saya, kenali anak-anak tiri saya… Kalau dia nak masuk dalam hidup Azri. 

"Jadi, saya doa kepada Allah SWT supaya Azri dikurniakan isteri yang baik dan akan menjaganya juga dengan baik,” kata Ellie kepada Gempak ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Menerusi acara yang sama, Azri ‘disatukan’ buat kali pertama dengan Ellie memandangkan kedua-duanya membintangi drama Tanah Kubur tetapi berlainan episod.


Dalam pada itu, Ellie turut membalas kenyataan Azri yang berniat untuk menjemput dirinya ke majlis resepsi jika dia dan Dr Azra disatukan kelak.

“Kalau ada ada resepsi, saya akan pergi. Sebab wedding kan? Lagipun, kita dah hidup 19 tahun bersama. Tak ada benda pun nak bermusuhan. Apa nak benci? Dia hanya hamba Allah dan kami berdua tidak sempurna.

“Jodoh dah sampai situ, jadi perlu ke kita bermusuh? Tak payahlah. Bila dia bertemu jodoh dengan orang lain yang lebih baik daripada saya, sudah tentu saya akan meraikan hari besar dia,” katanya.

Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 31-7-2023 08:24 AM
Catfish tu dah kena goreng agaknya, acik ellie. Sebab tu tak muncul sampai ke sudah
Quote sayurmayur88 31-7-2023 09:01 AM
sebb dia tak se "real" yg dia cakap kt azri. kes klasik catfish mmg macam ni pon
Quote akuMNdia 31-7-2023 09:05 AM
serabai betul acik jeri nih walhal masa muda2 dulu ala2 yummy gak.
Quote anilanil 31-7-2023 09:18 AM
Sabarla acik ellie. Dr azra tgh kumpul duit nak pi operate kat siam. Ingat senang ke nak make over muka & body persis maya darina ke maya karin.
Quote tompie 31-7-2023 09:27 AM
Checkmate ni..
Acik ellie nak sedarkan bam jeri tu.. dah tua2 tak sedo diri
RUmah tangga berpuluh taun musnah sebab skandal yang tak wujud.. bodo gile
Quote Klassie 31-7-2023 09:28 AM
Dh tunang kan.. takkan takde gambo nya pajeri nenas oi
Quote pembacagosip 31-7-2023 09:39 AM
akuMNdia replied at 31-7-2023 09:05 AM
serabai betul acik jeri nih walhal masa muda2 dulu ala2 yummy gak.

msa berlakon filem gerak khas 2 kut x silap
hensem dia masa tu
ganding ngn yebby n tok gelang
Quote Lolalala 31-7-2023 09:45 AM
tompie replied at 31-7-2023 09:27 AM
Checkmate ni..
Acik ellie nak sedarkan bam jeri tu.. dah tua2 tak sedo diri
RUmah tangga berpuluh ta ...

Mesti dia bercinta dgn "gf" dari dia kawin dgn elly lagi. Dah membiawak dok rumah main hp je kan..pastu konon² true love smp nak kawen kot. Hamek ko sampai arini tak de apa. Tu acik elly byk kali dah highlight "be real" jumpa anak²  
Quote CikYaYaYa 31-7-2023 10:10 AM
Bagus gak laa acik ellie nie.. dia macam ambik berat jugak laaa pasai pajeri nenas nie.. xdak nak musuh2 ke apaa. Tah2 diaa pon legaaaa sebab boleh cerai

Btw wujud ke idok sebenarnya tunang si pajeri nenas nie?
Quote emera 31-7-2023 10:16 AM
Kesian syok sendiri jantan tua tu. Sedar2lah sikit ko tu dah tua. Rumah kata pergi, kengkawan!ko kata.
Quote prettyuglybabe 31-7-2023 10:45 AM
saja je nak poke
Quote babelina 31-7-2023 11:01 AM
rileks jer statement.. dtg la jmp2 ank2.. ayt dalam kurungan.. ko wujud ke x.. hahaha..
Quote bynroslan 31-7-2023 11:05 AM
Siapa la yg dah catfish ex laki dia ni haha cepat woi mengaku, tak baik tau mainkan perasaan orang tua
Quote prince_marhaen 31-7-2023 11:38 AM
sampai kemaruk & gila bayang beti pakcik jeri dibuatnya ye.....kalau kantoi kena catfish ni mau pakcik jeri frust menonggeng ni silap2 meratap balik dekat nek ellie...nek ellie dah pasang badan balik nampaknya tu..nampak wangi sikit...sikit je lah...tetap hidung meols bau rokok surya ye dekat nek ellie.. haha
Quote kmbg 31-7-2023 11:43 AM
Ada sorg Dr Azra kt FB yg katanya novelis seram..hmm org yg sama kah I selalu nampak beliau ni komen2 kt YT vlogger paranormal
Quote epal_putih 31-7-2023 11:47 AM
Adeiii
Dari taun lepas pak jerry ni nk kawin
Quote supernaturalee 31-7-2023 11:49 AM
muda nya bam jeri masa dpt anak 1st
dlm 23, 24 gitu

sape 1st wife heols
kot la blh komen sikit sbb anak2 sheols pun maybe nk jumpa jgk dgn bakal step motherrrrrrr


Quote tsui87 31-7-2023 12:15 PM
kmbg replied at 31-7-2023 03:43 AM
Ada sorg Dr Azra kt FB yg katanya novelis seram..hmm org yg sama kah I selalu nampak beliau ni komen ...

Azra Diera kan nama fb dia.. selalu nampak dia komen kat fb Along Feminin.. profile dia kemain lagi
Quote miss_perfect 31-7-2023 12:21 PM
tompie replied at 31-7-2023 09:27 AM
Checkmate ni..
Acik ellie nak sedarkan bam jeri tu.. dah tua2 tak sedo diri
RUmah tangga berpuluh ta ...

Eh, Azri ni berskandal dengan Azra ni masa dia masih suami orang ke? Ingatkan Ellie bercerai sebab penat bela biawak. Pastu baru si Azri kena catfished.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048704 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top