Kehadiran Zain Saidin di 'carboot sale' di Kota Damansara baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian TikTok individu dipercayai pengunjung di sana, pelakon itu dikatakan sedang menjual pakaian ‘preloved’ milik isterinya, Rozita Che Wan.
Apa yang menarik perhatian adalah pakaian berkenaan dijual dalam lingkungan harga RM5 hingga RM10. “Zain Saidin jual baju Che Ta semua preloved RM5,” tulisnya dalam video berkenaan. Dalam video berdurasi 20 saat itu, Zain memakai baju sleeveless berwarna putih serta mengenakan topi berwarna hitam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat aktor drama rantaian Cinta Buat Dara ini berniaga, namun tetap dipuji selamba. Netizen sempat mengusik Zain yang bertanya sama ada isteri tercintanya itu mengetahui tentang perkara tersebut. “Che Ta tahu tak ni? Kalau tak tahu habis kena tidur luar,” usik salah seorang netizen. Sumber: Xtra
|
evlinne replied at 31-7-2023 08:41 AM
Tunggu kak dude jela hencap
@dudaberhias
evlinne replied at 31-7-2023 08:41 AM
Tunggu kak dude jela hencap
@dudaberhias
tompie replied at 31-7-2023 09:21 AM
kaka dude dah kena hangkut kes pola bear ..
haha
lyshafull replied at 31-7-2023 09:32 AM
Ehh serious la ni yang gaduh dekat CI ker ?
Iols x dapat tangkap ape yg dyrg gaduhkan
prince_marhaen replied at 31-7-2023 08:11 AM
meols percaya je yang modal kain baju cheta tu sebenarnya rm5 or rm10 below, nampak macam dia beli p ...
ADVERTISEMENT