Pelakon, Noorkhiriah mengakui terganggu dan sedih melihat semakin ramai individu yang dikenalinya membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon itu meluahkan isi hatinya yang seakan-akan terkesan dengan keadaan industri hiburan pada masa kini.
Noorkhiriah bagaimanapun menyedari dia tidak mempunyai hak untuk menilai namun sebagai saudara sesama Islam, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan teguran secara terbuka. "Assalamualaikum. Bukan tugas akak untuk menilai, akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik... nak jadi macam yang itu, yang ini. "Sebolehnya, hati kena kental adik. Kalau tak, kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih juga sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. "Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak dikepok-kepok lagi.
"Cuma pesan akak, bila dah puas kepok-kepokkan cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu. "Sebab tak semua Allah campakkan, maaf andai tulisan akak mengguris hati tapi akak sebagai saudara se-Islam. "Itu tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti, sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan kat sini, maaf sekali lagi ya," tulisnya. Menerusi ruangan kapsyen, Noorkhiriah juga menutup ruangan komen selepas meraih pelbagai reaksi pengikutnya. Sumber: Xtra, IG Noorkhiriah |
Manusiabesa replied at 30-7-2023 10:17 PM
Ala jaga diri sndiri dgn anak pempuan sndiri sudah lah. Hg nk expect apa dunia artis mlysia? Klw dh ...
sugarlovebutter replied at 30-7-2023 02:46 PM
Die xde anak perempuan u, anak die laki semua..tapi betul jgkla ape yg die suarakan tu, sbb mkn ra ...
sugarlovebutter: Die xde anak perempuan u, anak die laki semua..tapi betul jgkla ape yg die suarakan tu, sbb mkn ramai plak yg bkak tdung semcm dlu mkn ramai yg berbon ...
sugarlovebutter: Die xde anak perempuan u, anak die laki semua..tapi betul jgkla ape yg die suarakan tu, sbb mkn ramai plak yg bkak tdung semcm dlu mkn ramai yg berbon ...
nolya replied at 31-7-2023 04:21 AM
Godaan dunia itu lebih hebat drp mempertahankan iman. Kerudung hanya sebatas peragaan pakaian maka ...
HappyGumbira replied at 31-7-2023 12:15 AM
satu la yg iols terpaling pelik, nape orang sibuk sangat artis2 jadi tak baik, seksi, buka tudung dl ...
ADVERTISEMENT