Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang memfitnah dirinya sengaja mencipta kontroversi berkenaan bekas isterinya, Shakilla Khoriri. Ia ekoran tular sebuah mesej yang tersebar dikirim menerusi emel oleh seseorang mendakwa Shakilla bercinta dengan suami orang.
Shakilla kemudian tampil menjelaskan perkara tersebut dalam temu bual bersama Melodi. Susulan itu, ramai memetik nama Fizi sebagai dalang yang mengirimkan mesej tersebut. Tampil mempertahankan diri, kata Fizi, dia tidak masuk campur mengenai sebarang hal mengenai bekas isterinya seperti yang dihebohkan di media sosial. "Kadang-kadang, kita ni nak keluar statement tu fikir orang lain juga. "Orang lain pun ada keluarga. Sekarang ini, orang-orang ni tuduh aku nak buat kerja bodoh tu, aku malas nak masuk campur, suka hati kau la nak buat apa pun.
"Aku nak happy dan tenang je dengan life aku, please la wei," tulisnya. Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu, perkongsian sebelum ini sudah pun dipadamkan selepas individu yang membuat tuduhan itu turut memadamkan komen yang ditulis. Kata Fizi, dia menganggap perkara itu sudah selesai dan memaafkan individu terbabit sekali gus memohon agar tidak dikaitkan lagi dengan bekas isterinya. |
bluecrystal replied at 30-7-2023 09:56 PM
tengok interview melodi tu..killa pun tak menafikan dia bercinta dengan laki orang..so sekarang dah ...
ADVERTISEMENT