Pempengaruh, Ubai Mz memaklumkan ibunya, Rohani Jamal telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi. Tunang kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi berita duka tersebut menerusi hantaran di IG Story.
"Salam semua, mak saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi," tulisnya. Menerusi hantaran di Instagram pula, Ubai reda dengan ujian berat yang dihadapi dan akan sentiasa mengingati pesanan arwah ibunya. "Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ni untuk Ubai tapi Ubai redha. Berehatlah mak. "Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa. "Terima kasih mak, sebab jadi tempat Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. "Terima kasih Emak, Ubai sayang mak sangat-sangat," katanya.
Isnin lalu, ibu Ubai ditidurkan ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkeflki, ibunya menghidap kanser ovari tahap tiga dan mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu. Sumber: Xtra, IG Ubai Mz |
doubleA replied at 31-7-2023 02:42 AM
Takziah ubai, kesiannya. Adik meninggal mei, mak meninggal julai. Impak besar pada bapak dan family ...
ADVERTISEMENT