CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hisyam Hamid, Isteri 10 Tahun 'Terpisah' Dua Negara, Rumah Tangga Tetap Kukuh

30-7-2023 12:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5860| Komen: 38

Kuala Lumpur : Pelakon, Hisyam Hamid, 38, masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama isteri, Rosmawati Hanafi atau mesra disapa Melrose dan anak-anaknya walaupun mereka 'dipisahkan' negara.


Hisham yang juga pelakon Singapura ketika ditemui berkata, isterinya sangat memahami dan sehingga kini kemesraan dalam lakonan bersama pasangan pelakonnya tidak pernah menjadi masalah utama dalam hubungan rumah tangga mereka.


"Alhamdulillah, tahun ini dah 10 tahun saya berlakon dan tinggal di Malaysia. Mel pun sangat faham dengan kerjaya saya dan dia juga tahu setiap pelakon wanita yang bekerja dengan saya.

"Ibu saya tak nak pindah ke sini, anak-anak masih bersekolah di Singapura. Setakat ini, memang tak pernah jadi masalah utama dalam hubungan kami yang mengaitkan saya dengan pelakon wanita di lokasi. Saya bekerja secara profesional.

"Cuma, saya tak nafikan sekarang kurang berkongsi foto keluarga di media sosial. Ini kerana saya sudah tidak aktif di media sosial, mungkin faktor usia. Saya sibuk dengan kerja, penat dan tiada masa nak selalu update (kemas kini)," katanya kepada Harian Metro.



Hisham berkata, memandangkan dua anaknya semakin membesar membuatkan dia memilih untuk lebih berkongsi mengenai kerja saja di media sosial berbanding keluarga dan peribadi.

"Anak sulung saya pun akan ambil peperiksaan O Level tahun ini. Jadi, apabila anak dah besar, dah lain. Kalau dulu, masa kecil orang tengok pun comel, tapi sekarang mereka dah semakin membesar dan saya fikir ada baiknya simpan sedikit untuk diri saya saja.

"Saya pun sangat sibuk dengan kerja hingga masa untuk diri sendiri tiada. Jadi, kalau ada sedikit kelapangan masa itu memang saya luangkan dengan anak-anak yang ketika ini meningkat remaja dan cabaran sangat berbeza," katanya.

Ditanya bagaimana dia berhadapan dakwaan cuba mengaitkan rumah tangganya tidak bahagia, Hisham berkata, dia teruskan kehidupan macam biasa kerana hubungannya dan isteri memang tidak bermasalah.


"Saya lalui kehidupan harian seperti biasa. Hubungan kami tiada masalah pun. Sesiapa yang memang betul-betul ikuti saya di Instagram pasti tahu situasi sebenar," katanya.

Hisham berkahwin dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 30-7-2023 01:04 PM
Herlok dan tetap la berhati2 sis. Lagi2 dah buat statement begini. Ada je yg memerhati.
Quote stingergrumpy 30-7-2023 01:07 PM
PS lurking out there....

Kahkahkahkahkah
Quote shernazz 30-7-2023 01:22 PM
Jangan..
Nanti ada je yang test market Kang

Habis kau yang dilondehkan..
Quote royaldanish 30-7-2023 01:24 PM
elokkkkk bini pun sedap mata memandang
Quote stingergrumpy 30-7-2023 01:27 PM
shernazz replied at 30-7-2023 01:22 PM
Jangan..
Nanti ada je yang test market Kang


Ko iteww jgn cakap org...laki ko iteww sendiri satu badan dah lama ngernyam....tunggu ko silap langkah je....
Quote shernazz 30-7-2023 01:28 PM
stingergrumpy replied at 30-7-2023 01:27 PM
Ko iteww jgn cakap org...laki ko iteww sendiri satu badan dah lama ngernyam....tunggu ko silap lan ...

In shaa Allah takde
Ko doakan lah supaya rumah tangga Aku elok takde penyondol
Quote dudaberhias 30-7-2023 01:44 PM
Anak2 dia macam tak ikut rupa mak bapak je...

Quote Manusiabesa 30-7-2023 01:47 PM
Eh napa liftik wife dia warna ungu kehitaman? Abis dh ke liftik warna pink mcm sajat tu kt pasaran? Yih psgn ni dh knpa mcm klon aaron dan wife? Nak sama. Mcm couple wawa airil, nk sama mcm zizi kirana ngn somi dia.nth apa nama somi dia aku xhapai. Yih jgn begitu sobat. Kesetiaan xperlu di buktikan pd awam. Cukup simpan sendiri. Kau belum tahap edika yusop jika allh x uji kau dgn wife kau sakit lg.
Quote hzln 30-7-2023 02:11 PM
shernazz replied at 30-7-2023 01:22 PM
Jangan..
Nanti ada je yang test market Kang


Rasanya mcm ada bau2 cubaan penyondolan ritu. Bini sempat cantas cincang lumat dulu la kut sblm betul2 berjadian
Quote I.K.A888990 30-7-2023 02:13 PM
mmg herlok hisyam ni
anak2 pn byk ikut muka isteri
Quote stingergrumpy 30-7-2023 02:32 PM
shernazz replied at 30-7-2023 01:28 PM
In shaa Allah takde
Ko doakan lah supaya rumah tangga Aku elok takde penyondol

Ko mintak org doakheun yg terbaik utk ko...sedangkheun ko sendiri macam haramjad kemut/bakhil doa2 yg baik pada org lain....

Kalo aku carut kheun ko ghaser ghaser ko wajar tak?
Quote Raline 30-7-2023 03:23 PM
Hisyam Hamid dah 10 tahun tinggal di Malaysia, rumah tangga tiada masalah


Hisham dan isterinya, Rosmawati atau Melrose. Foto dari Instagram Hisham Hamid


Kuala Lumpur : Pelakon, Hisyam Hamid, 38, masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama isteri, Rosmawati Hanafi atau mesra disapa Melrose dan anak-anaknya walaupun mereka 'dipisahkan' negara.

Hisham yang juga pelakon Singapura ketika ditemui berkata, isterinya sangat memahami dan sehingga kini kemesraan dalam lakonan bersama pasangan pelakonnya tidak pernah menjadi masalah utama dalam hubungan rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah, tahun ini dah 10 tahun saya berlakon dan tinggal di Malaysia. Mel pun sangat faham dengan kerjaya saya dan dia juga tahu setiap pelakon wanita yang bekerja dengan saya.

"Ibu saya tak nak pindah ke sini, anak-anak masih bersekolah di Singapura. Setakat ini, memang tak pernah jadi masalah utama dalam hubungan kami yang mengaitkan saya dengan pelakon wanita di lokasi. Saya bekerja secara profesional.

"Cuma, saya tak nafikan sekarang kurang berkongsi foto keluarga di media sosial. Ini kerana saya sudah tidak aktif di media sosial, mungkin faktor usia. Saya sibuk dengan kerja, penat dan tiada masa nak selalu update (kemas kini)," katanya kepada Harian Metro.

Hisham berkata, memandangkan dua anaknya semakin membesar membuatkan dia memilih untuk lebih berkongsi mengenai kerja saja di media sosial berbanding keluarga dan peribadi.

"Anak sulung saya pun akan ambil peperiksaan O Level tahun ini. Jadi, apabila anak dah besar, dah lain. Kalau dulu, masa kecil orang tengok pun comel, tapi sekarang mereka dah semakin membesar dan saya fikir ada baiknya simpan sedikit untuk diri saya saja.

"Saya pun sangat sibuk dengan kerja hingga masa untuk diri sendiri tiada. Jadi, kalau ada sedikit kelapangan masa itu memang saya luangkan dengan anak-anak yang ketika ini meningkat remaja dan cabaran sangat berbeza," katanya.

Ditanya bagaimana dia berhadapan dakwaan cuba mengaitkan rumah tangganya tidak bahagia, Hisham berkata, dia teruskan kehidupan macam biasa kerana hubungannya dan isteri memang tidak bermasalah.

"Saya lalui kehidupan harian seperti biasa. Hubungan kami tiada masalah pun. Sesiapa yang memang betul-betul ikuti saya di Instagram pasti tahu situasi sebenar," katanya.

Hisham berkahwin dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... angga-tiada-masalah

Quote slyfynx 30-7-2023 03:52 PM
Rosmawati... Tp nk omputih terus Melrose.
Patut panggil Mawar Terpinggir je
Quote annadonna 30-7-2023 03:58 PM
KL singapore bukannya jauh. Klu ada job aje dtg KL. Bukannya ada shooting tiap2 hari ponggg
Quote OshinDaSolja 30-7-2023 05:06 PM
Alhamdulillah moga terus bahagia...muda lg heolz ni baru 38... emm maybe production company kena bkak kt Jb la pulak ek sng pelakon dua2 negara nk bekerjasama... asyik2 KL je, try la shooting kt Jb/Sg pulak...
Quote adiwarna 30-7-2023 07:26 PM
Good for him! Satu lagi pasal hisham ni kalau dlm drama, sebutan dia sangatlah teratur dan jelas, senang telinga nak tangkap, tak mcm pelakon msia mcm si zul ariffin, si ungku semail tu, apa benda cakap pun tak dengor...mcm phundek
Quote stingergrumpy 30-7-2023 07:45 PM
adiwarna replied at 30-7-2023 07:26 PM
Good for him! Satu lagi pasal hisham ni kalau dlm drama, sebutan dia sangatlah teratur dan jelas, se ...

I could not agree with you more....Zu rippin berdialog bunyik arab....engku smile bunyik syair.....patah ameng terus tak bunyik langsung #kejong..

Wakahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 30-7-2023 07:46 PM
OshinDaSolja replied at 30-7-2023 05:06 PM
Alhamdulillah moga terus bahagia...muda lg heolz ni baru 38... emm maybe production company kena bka ...

Apa punyer analogy bengap harbam murakkab ko ni?
Quote Shahman86 30-7-2023 07:50 PM
Apa beza sg dgn kl? Ibarat mcm kl dgn jb aje jarak dia.alah gosip mcm sorang ddk asia sorang ddk antartika pula.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085663 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top