Personaliti media sosial Indonesia, Mimi Peri tidak pernah berniat untuk melakukan pembedahan pada wajah meskipun rupa parasnya sering menjadi topik bualan netizen. Tidak ambil hati dengan komen ditulis netizen, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, menganggap kata-kata berbaur hinaan yang dilemparkan itu hanyalah gurauan semata-mata.
Dia juga menegaskan dia bersyukur dengan dirinya dan sama sekali tidak akan melakukan sebarang perubahan pada wajah atau tubuhnya. "Bagi saya pembenci (haters) itu hanya mahu bergurau sebagai hiburan, jadi biasalah kalau mereka tulis sesuatu sehingga menghina orang lain. "Tapi sejujurnya saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah mencipta saya seperti ini. Saya tidak pernah berniat untuk membuat pembedahan wajah walaupun sudah kaya nanti. "Dengan muka seperti ini sahaja saya sudah diterima berlakon filem, kenapa harus saya berubah. Saya bersyukur dengan diri saya seadanya," katanya kepada mStar.
Kejayaan Mimi membintangi filem Mat Tudung Begins arahan pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Kata Mimi, dia menyedari dirinya mungkin tidak diterima di Malaysia memandangkan personalitinya yang agak lembut. "Sebelum ini ramai yang tidak percaya dan memandang rendah kepada saya. Ada juga yang mengatakan tidak mungkin lelaki lembut seperti saya diterima di Malaysia. "Saya hanya meletakkan kepercayaan kepada Fizz kerana saya tahu dia adalah orang yang baik. Jika kita melayan... mereka (netizen) makin bertambah suka jadi sekiranya saya dihina untuk membahagiakan mereka, tak apa la," ujarnya.
|
OshinDaSolja replied at 30-7-2023 04:54 PM
haishh laa... dok bawak org2 mcm ni dtg sini buat apa laa... pastu bg dia publisiti pulak... teruk d ...
ADVERTISEMENT