CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Pipi Terbesar Dunia Tidak Serik Jalani Pembedahan Plastik

29-7-2023 11:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2535| Komen: 7

Ankara, Turkiye – Seorang model asal Ukraine yang dipercayai mempunyai pipi terbesar di dunia akibat pembedahan plastik kembali menjalani pembedahan kosmetik tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Anastasiia Pokreshch yang berusia 33 tahun dan berasal dari Kiev, telah beberapa kali menjalani pembedahan plastik.

Dia mula menjalani prosedur kecantikan itu ketika berusia 26 tahun dan obsesi tersebut masih belum berakhir.

Pokreshch menjalani lagi pembedahan plastik di sebuah hospital di Turkiye baru-baru ini. - Foto Instagram/justqueen88

Wanita itu mendapat banyak pujian daripada peminat yang gemar melihat penampilan ekstremnya. Mereka bagaimanapun turut mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

Sebelum ini, model tersebut mengaku masih mahukan pipi yang lebih besar, lapor akhbar The Mirror.

Dalam video yang disiarkan di laman Instagram baru-baru ini, Pokreshch dilihat terbaring di katil hospital selepas pembedahan terbaharunya, iaitu bagi membesarkan payu dara.


Video itu mempunyai hampir 5000 tanda suka dan 900 komen dengan kebanyakan netizen supaya  menggesa dia berhenti menjalani pembedahan plastik.

Dia membuat pembedahan plastik itu di Turkiye baru-baru ini. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 30-7-2023 12:01 AM






Quote edayildiz 30-7-2023 12:15 AM
buruknya

Quote green~tea 30-7-2023 12:46 AM
Kenapa makin ramai manusia ubah2 muka operate eh??? Just embrace ur natural beauty je lah..

Melainkan muka terlalu jelik mcm n*raidil06 , berbaloi laa kot nak consider repair muka level renovation,  intervention neh
Quote chiyoasuka 30-7-2023 01:10 AM
green~tea replied at 30-7-2023 12:46 AM
Kenapa makin ramai manusia ubah2 muka operate eh??? Just embrace ur natural beauty je lah..

Melain ...

Terlalu obses nak cantik... sampai lupa bersyukur dgn apa yg ada...  
Quote chiyoasuka 30-7-2023 01:12 AM
Cucuk sana cucuk sini… hmmm bersyukurlah dgn apa yg dah dikurniakan…

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.091202 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top